Ahad, 29 Ogos 2010

Kek Pelangi Moreh


Kek pelangi ni untuk Moreh di surau tempat saya. Ada jadual pemberian juadah untuk moreh. Dah sampai masanya kena lah sumbang sedikit. Bagus sebenarnya, berniaga - berniaga jugak...sumbangan sosial jangan diabaikan. Kek ni saya potong kecik2 supaya senang orang nak makan, kalau nak ikutkan asben dia tak kasi potong. Lagi cantik kalau tak potong katanya...pulak...saya kata tak baik nyusahkan orang...potong siap2 senang....asben senyap...dia yang tukang hantar...sebelum berbuka dia dah hantar....untuk orang berbuka sekali katanya.

Kacang Goreng Bertepung


Semalam jugak merajin kan tangan dan minda untuk membuat Kacang Goreng Bertepung. Ini ialah resepi Ibu Mertua. Mulanya sms adik ipar, sebab dia perwaris resepi ni. Lambat balasannya suruh asben call Bondanya pula...masa tu Ibu Mertua di ladang so terpaksa call semula. Tup-tup adik ipar send sms berserta resepi. Selang 2 minit Ibu Mertua pula call....pun beri resepi...bertuahnya badan, sampai 2 orang bagi resepi ni. Sekejap sahaja nak buat ni...tapi tang nak memilih kacang terbaik tu yang susah...asben le yang jadi mangsa. Apa pun telah siap sebaldi Kacang Goreng ni...siapa berhajat...sila lah ambil sket.

Kek Gula Hangus Hani

Kek Gula Hangus ni adalah untuk Hani yang berada di Impian Nilai. Beliau datang ambil sendiri di rumah dan khabarnya nak bawak ke Rawang. Hani sms dalam pukul 12pm semalam dan ambil dalam pukul 5pm. Memang kami tidak meyimpan stock so saya ada 5 jam untuk buat dan sejukkan Kek Gula Hangus ni. Ketika Hani ambil, kek ini masih suam-suam kuku dan asben saya punya lah risau takut Kek Ini berwap didalam bekasnya. Feed back dari Hani melalui sms, sedap katanya...alhamdulillah. Nanti order lah lagi ya Hani...Harga Kek Gula Hangus - RM27.00 ( 2 kilo ).

Senarai Blog Saya