Isnin, 28 Mac 2011

Kek Hari Lahir Nurul Nadhirah Azizan

Ahad - 27hb Mac 2011
Hari lahir Anakanda GH yang tersayang
Genap umurnya yang ke 4 tahun
Semoga anakanda GH akan terus membesar dengan sihat
IsyaAllah
Gambar : Kek Coklat kesukaan beliau

Nurul Nadhirah Binti Azizan
27 03 2007

Ahad, 27 Mac 2011

Kek Pelangi - Kak Edah

Terima kasih kepada Kak Edah atas tempahan Kek pelangi ni
Seperti biasa asben GH akan hantau sebelum 6.30am
Kak edah ni memang selalu order kek dari GH
Dan selalunya kek musti hantau sebelum 6.30am
asben GH akan menghantarnya

Jumaat, 25 Mac 2011

Muffin - En Sharol

Align Center
Muffin untuk En. Sharol
tempahan untuk pertunangan sahabat beliau di Bangi
Sebanyak 100pcs GH siapkan semalam
Terima kasih kepada Encik Sharol

harga Muffin : RM1.00/pcs

Isnin, 21 Mac 2011

Apam Pelangi - Jiran

Apam Pelangi
Tempahan dari Jiran lagi
Jiran ni pun katanya rakannya di Kajang yang order
So dia tukang belikan aje
Apa pun terima kasih GH ucapkan
Kalau sedap beli lah lagi yea
Salam

Ahad, 20 Mac 2011

Apam Pelangi - Watie

Apam Pelangi untuk Watie
Di hantar ke Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor
Terima kasih kepada Watie
Atas pembelian ini

Sampai rumah Watie, GH hampir nak tanya Watie kenapa dia nampak kurus
Rupanya itu Kakak si Watie
Macam ne lah boleh tak perasan yang itu orang lain
nasib baik le si Akak Lina tu kenalkan diri dulu
Terima kasih juga kepada si akak Watie ( Kak Lina )

Apam Pelangi - Jiran

Apam Pelangi
Order oleh My Jiran
Apam ni order pada Sabtu lepas ( 20 Mac 2011 )
Apam kegemaran cucu2 nya
Terima kasih kepada Makcik & Anaknya

Jumaat, 18 Mac 2011

Muffin

Muffin coklat GH letak butter krim
Sedap sangat

Kita zoom sket
Ada sape-sape nak petik bunga ni?

Ini muffin coklat
Kegilaan sang asben

Zoom sket
GH jemput semua untuk makan
Nak order lagik digalakkan

Isnin, 14 Mac 2011

Puding Laici Nenas

Asben suka buat PUDING
Ari tu sempena birthday untuk dia
Asben buat puding sendiri
Puding Laici berlapis puding nenas

Mula2 Puding Laici

Pas tu Puding Nenas

Hasilnya...
Sedappppppp

Kek Gula Hangus Bercoklat - Asben

Semalam Hari Lahir Asben
Dah tokeh KEK
Tak kan nak order KEK lagi
GH buatkan untuk asben Kek Gula Hangus Bercoklat
Tang coklat2 ni
Asben memang hantu
Apa pun
Selamat hari Lahit buat Asben tersayang


Kek Gula Hangus Bercoklat : RM20.00

Puding Jagung - Pn Wani

Puding jagung tempahan Pn Wani dari Putrajaya
Terima Kasih kepada Pn Wani
Asben hantar kan ke Putrajaya
Kebetulan asben kerja di Bdr Baru Bangi
Jadi dekat sket hantar

Puding Jagung : RM18.00
Kos Hantar ke Putrajaya : RM5.00

FREE Penghantaran : beli 2 pcs apa2 item.

Ahad, 13 Mac 2011

Apam Pelangi - En. Imran

Apam Pelangi order by En Imran
En Imran order 2 bekas apam pelangi
Salah satunya En Imran rekwes supaya di potong2
Maka GH ( Gula hangus ) pun potong2
Untuk bagi rakan2 makan katanya
Satu bekas lagik untuk dibawa pulang ke kampung
Alhamdulillah moga murah rezeki En Imran nanti
dapat juga promote Apam Pelangi GH...hik..hik
Terima Kasih kepada En Imran

Apam Pelangi RM20.00

Kek Pelangi - Kak Idah

Customer tetap GH ( Gula Hangus )
Order kek Pelangi 3pcs
Untuk bawa balik ke kampung katanya
Asben hantar pukul 6am di Bandar Baru Bangi
Terima kasih kepada Kak Idah

Kek Pelangi RM20.00

Apam Pelangi - Sapura Members

Apam Pelangi order daripada rakan asben dikilang
Malangnya asben lupa namanya
Asben kerja di Sapura Bdr Baru Bangi
Oleh kerna yang order ni dari Sapura yang lain
So si Asben tak ingat sudah
Apa pun terima kasih kepada yang order

Apam Pelangi : RM20.00

Jumaat, 11 Mac 2011

Kek Gula Hangus Bercoklat & Apam Pelangi - Cik Shima

Cik Shima dari Bdr Baru Bangi ni order 1 Kek Gula Hangus Bercoklat dan Apam Pelangi
Tujuan nya untuk kenduri kahwin adiknya di Terengganu
Terima kasih kepada Cik Shima

Kek Gula Hangus Bercoklat - RM20.00

Apam Pelangi - RM20.00


Khamis, 10 Mac 2011

Apam Pelangi - Kak Nolie

Kak Nolie jiran GH
Semalam dia tempah apam pelangi
Permintaan kak nolie agar apam tu di salut krim
Terkejut jugak GH mendengarnya
Tapi GH buat jugak
Hasilnya...

Apam bersalut krim ni untuk birthday anaknya
Harap2 Kak Nolie berpuas hati

Harga : RM 20.00

Kek Pandan

Kek Pandan
Pertama kali buat
Abis asbennya serbuk agar2 GH ambil
tak taw lah dia marah ke idak
Harap2 tidak
Ingat nak tulis resepinya
Tapi tunggu GH buat kali ke 2 laaaa
Mana taw nak ubah sket


Kek Span...

Kek Span
Saja-saja GH buat untuk makan kami anak beranak
Asyik buat kat orang
Nak jugak buat makan2 sendirik
Masa GH post perihal kek ni
Kek ni lom dimakan
Sebab GH nak simpan kek ni sehingga ahad ni
Asben nya birthday
So
Persembahkan aje Kek ni
Mudah.

Ahad, 6 Mac 2011

Terima Kasih Kepada Nuffnang

Terima kasih kepada Nuffnang yang sering beri peluang kepada BLOG GULA HANGUS untuk mendapat iklan2 terbaik.
Akhirnya GH menerima cek dari NUFFNANG dan walaupun sedikit GH suka sangat sebab ini kali pertama dapat
Apa pun terima kasih sekali lagik.

Sabtu, 5 Mac 2011

Apam Pelangi - Jiran

Apam Pelangi tempahan jiran GH
Memang makcik tu kalau balik kampung akan order Apam Pelangi ni
Anak2 dan cucu2 di kampung suka
Alhamdulillah, GH suka juga mendengarnya
Terima kasih kepada makcik, my jiran

Harga : RM20.00

Kek Gula Hangus Bercoklat - En. Aizad

Kek Gula Hangus Coklat tempahan Aizad di Bdr Baru Bangi
Teramat suka Kek Gula Hangus Coklat ini bilamana pertama kali merasanya di kilang
Dia ni kawan asben
Selepas rasa sekali terus beliau order
Sedap sangat katanya
Terima Kasih Aizad

Harga : RM20.00 ( 1kg )

Kek Gula Hangus Bercoklat - En. Hamdan

Kek Gula Hangus Bercoklat Mula mendapat tempat
GH menerima 3 ke 4 tempahan sejak diperkenalkan
Rasanya enak kepada pencinta COKLAT
Apa lagi selepas di sejukkan..emm...yummy
Kek Gula Hangus Coklat ni tempahan En Hamdan dari Bdr Baru Bangi
Tempahan dihantar oleh asben

Harga : RM 20 ( 1kg )

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Kak Edah

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi tempahan Kak Edah
Kak Edah dari Bdr Baru Bangi ni boleh dikatakan kerap order dari GH
Kali ni Kak Edah nak buat hantaran Kek Gula Hangus
So dia minta hantar ke rumah dia sebelum 6.30am
Maknanya, asben GH terpaksa didera untuk menghantar Kek2 ni

Rabu, 2 Mac 2011

Kek Gula Hangus Coklat - Tuan Amir

Semalam GH cuba try test buat Kek Gula Hangus bersalut coklat
GH buat yang sekilo - sekilo jerk
Kek Gula Hangus bersalut coklat ni adalah cadangan seorang customer dari Perodua Rawang tak lama dulu
Sekilo daripadanya GH sefamily makan
Asben bawa pergi kilang
Tak sangka ada anak buah asben yang suka
Terus order
Jadi yang sekilo lagi telah terjual

Yang ini telah dijual
Harga : RM20.00

Selasa, 1 Mac 2011

Puding Triffle My Asben


Puding Triffle create by My Asben
Sudah berapa kali Asben buat
Puding ni agak susah nak buat sebab ada 7 lapisan
1. Agar2 + buah pic
2. Puding Kastard or Kelapa
3. Swiss Roll
4. Rich coklat 1
5. Swiss Roll
6. Rich Coklat 2
7. Yogurt

harga pada 1hb mac 2011 ialah RM55.00
Harga termasuk yogurt.

Senarai Blog Saya