Sabtu, 7 Ogos 2010

Kek Gula Hangus for Imran 06 08 2010

Kek Gula Hangus di tempah oleh kawan Asben iaitu Encik Imran. Kek ini untuk dia bawa balik ke kampung wifenya pada 07 08 2010. Semoga selamat sampai ke Kampung. Harga Kek ini RM27.00. Terima Kasih Encik Imran.

Kek Oren 06 08 2010

Kek Oren untuk seorang GURU di Sekolah Mengah Sungai Pelik. Harga RM18...kena tunggu asben balik keja baru boleh hantar. Terima Kasih....

Selasa, 3 Ogos 2010

Kek Gula Hangus untuk Cikgu

Ini Kek Gula Hangus yang sudah siap di bungkus untuk cikgu sekolah. Kek sudah di bungkus awal2 sebab nak tunggu asben yang pulang lewat dari kerja. Selepas suami mandi....terus pergi untuk hantar kek.....

Kek Coklat


Kek Coklat...saya buat untuk anak yang teringin makan kek. Lagi pun sudah lama tidak membuat kek untuk makan sendiri....jadi ada masa terluang maka terhasil lah KEK COKLAT ini dengan parutan Coklat Putih....

Isnin, 2 Ogos 2010

Order 02 08 2010

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi aka Mable ini di order oleh Watie di Uniten. Watie ni seperti biasa memang selalu order...sebab dia tokeh kantin. Terima Kasih watie

Kek Coklat

Kek Coklat untuk seorang CUSTOMER. Lupa plak nak tanya dengan adik IPAR...siapa gerangan TUAN punyer kek ini.....apa pun terima kasih kerna sudi tempah dari saya.

Jumaat, 30 Julai 2010

Biskut Corn Flakes


Aktiviti pemanas badan sebelum kita meyambut raya ni...teringin nak makan biskut corn flakes so sebelum jumaat tadi ringan2 kan tulang buat biskut tersebut. selepas selesai...ummppp....sedap.....leh buat untuk raya ni..

Order From Cikgu - 29 07 2010

Kek Pelangi / Mable

Muffin Coklat

Muffin Vanila

Kek Oren

Tempahan dari Guru2 Sekolah Menengah Sungai Pelik...tak sempat nak tanya nama guru2 tersebut. Apa apa pun terima kasih atas tempahan mereka yang sentiasa berulang ulang....terima kasih.

Khamis, 29 Julai 2010

Kek Oren

Produk baru Gula Hangus iaitu Kek Oren atas permintaan ramai.

Warna warni diatas nya...

Lembut....

Harga RM18.00
Berat lebih kurang 1kg

Penghantaran percuma untuk Kawasan kajang, Bandar Baru Bangi, Bandar seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Nilai 3, Nilai....

Rabu, 28 Julai 2010

Resepi Puding Kacang Merah


Asben akhirnya berjaya menyiapkan satu video cara membuat puding kacang merah. Kepada yang tersangat suka puding Asben...boleh lah cuba try test. Bahan2 nya pun senang dapat dan murah aje. Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba...kepada yang nak order Kek Gula Hangus....sila sila kan....

Kek Gula Hangus Jiran

Kek gula hangus untuk JIRAN sebelah rumah. Untuk di bawa ke SURAU kata empunya Kek ini. Jiran sebelah rumah ni saya panggil KAK NOLI...kalau dah namanya JIRAN...nak order kek panggil je kat PAGAR...sambil2 tu boleh GOSSIP2 sket...Terima Kasih kak Noli..

Selasa, 27 Julai 2010

Order From Uniten 27 07 2010

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi untuk kantin di Uniten. Terima kasih untuk Watie, tokeh kantin kat Uniten atas tempahan ini.

Isnin, 26 Julai 2010

Kek Gula Hangus vs Kek Mable/Pelangi

Kek Gula Hangus ni di tempah pada 23hb Julai lalu, Ditempah oleh Regular Customer di UNITEN. Kek ni kena hantar pagi2 sebab untuk orang MEETING katanya...ASBEN le jadi MANGSA nya....
Kek Pelangi/Mable ni ditempah jiran yang mahu membawa pulang ke KAMPUNG di MELAKA. Yang tempah ni berpangkat MAKCIK. Makcik ni pun nak awal2 pagi. Yang ni saya hantar sediri...sebab selang sebuah rumah je.

Kek Coklat Kuala Lipis




Kek coklat ni bukan lah bernama Kek coklat KUALA LIPIS tapi di beri tajuk begitu sebab orang KUALA LIPIS dok order. Oleh kerana nak balik kampung jadi tolong lah buat kan....KEK ni untuk anak beliau. Al maklum bebudak memang suka makan benda yang ala ala coklat ni....kita yang tua ni pun kadang2 teruja...terima kasih AINA kerana sudi ORDER.

Selasa, 20 Julai 2010

Kek Pelangi/Mable dan Kek Gula Hangus - UNITEN


Kek Gula Hangus untuk Kantin di UNITEN. Kepada mereka yang berada di UNITEN kalau nak rasa Kek Gula Hangus saya boleh lah ke Uniten...tapi saya tak pasti plak bagunan mana. Asben kata kat bagunan MULTIMEDIA....kat mana erkkk sebab Uniten tu LUAS dan BESAR...

Senarai Blog Saya