Isnin, 4 Oktober 2010

Kek Gula Hangus & Puding Kacang Merah Kak Ummi

Kek Gula Hangus dan Puding Kacang Merah tempahan Kak Ummi dari seksyen 5 Bandar Seri Putra. Tempahan pada sabtu lepas untuk jamuan raya untuk anak kak ummi. Saya dan asben hantar pada pukul 9am. Terima kasih kepada Kak Ummi.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kek Oren Nabila

Kek Oren untuk Nabila di Bandar Baru Bangi. Kek di Order untuk open house. Saya dan asben terus pergi hantar sebaik saja solat maghrib. Terima Kasih untuk Nabila.

Khamis, 30 September 2010

Kek Gula Hangus Watie Uniten 5


Selepas Raya aidilFitri, ini ialah kali ke 5 watie order kek gula hangus. Alhamdulillah, kek Gula Hangus dari blog GulaHangus telah mendapat kepercayaan dan perhatian. Terima Kasih kepada Watie dan para pelanggan sekalian.

Rabu, 29 September 2010

Puding Mable vs Jagung Azura

Puding Jagung dan Mable ni ialah tempahan Azura di persint 18, Putrajaya. Kami si family menghantar puding ni pada malam semalam. Selepas hantar puding, asben ajak berjalan2 di Putrajaya sambil melihat2 keindahan di waktu malam. Terima kasih Azura dan Suami, Ramadhan.

Ahad, 26 September 2010

Kek Gula Hangus Asilah

Kek Gula Hangus untuk Asilah di Impian Putra, sy dan Asben hantar pada pagi tadi, 26/09/2010. Asben agak terkejar2 tadi, sebab pagi ni dia OverTime. Terima Kasih kepada Asilah

Kek Gula Hangus Watie Uniten 4


Hantaran ke Uniten semalam ( 25.9.2010 ) semalam adalah kali ke 4 sepanjang minggu ni. Kali ini sebanyak 3pcs Kek Gula Hangus dan 3 pcs Kek Pelangi. Mengikut Tokeh Kantin, Kek2 ini untuk rumah terbuka beliau....apa pun Terima Kasih Watie...

Kek Gula Hangus Mas

Kek Gula Hangus untuk Puan Mas...Puan Mas order melalui call. Penghantaran dibuat ke Impian Putra, Kajang, Selangor pada 25092010. Terima Kasih Puan Mas

Sabtu, 25 September 2010

Kek Pelangi Nahrim 2

Temapahan kali ke 2 oleh seorang makcik Cleaner yang bekerja di Nahrim, Sri Kembangan. Asben jugak le yang menghantarkan nya. Terima kasih kepada makcik cleaner tu yg lupa plak nak bertanyakan nama...

Kek Gula Hangus Watie Uniten 3

Kek Gula Hangus untuk Watie Uniten. tempahan kali 3 dalam minggu ini. Kek ini untuk mesyuarat katanya...sebab tu tempahanya agak lewat di buat. Asben hantar pagi tadi setelah balik kerja....

Jumaat, 24 September 2010

Kek Gula Hangus Inspen 2

4 pcs Kek Gula Hangus ini adalah untuk pekerja2 di Inspen Bangi. Tempahan di buat pada 20hb Sept untuk delivery pada 24hb Sept. Seperti biasa asben lah yang menjadi budak penghantar cepat. Kalau banyak ni, asben akan hantar dengan kereta nya.

Harga : rm27.00 / pcs

Puding Triffle Hani

Puding triffle ni menjadi hak milik kekal si Hani daripada Nilai Impian. Tempahan di buat melalui SMS dan Hani ambil Puding Triffle ni dari rumah saya. Harap Hani berpuas hati dengan Puding Triffle tersebut.

Harga : RM50.00

Kek Gula Hangus Watie Uniten 2


Susulan dari post lepas, semalam Watie dari Uniten menempah 1 kek gula hangus dan 1 pc kek pelangi. Asben hantar dengan motor sebab nak elak jem. Sampai Uniten baru Asben teringat nak ambil gambar. Kepada yang hendak merasa Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi boleh lah singgah di kantin uniten, di bangunan teknologi maklumat.

Caramel Jagung Kak Nolie

Caramel Jagung ni tempahan daripada JIRAN sebelah rumah saya. Saya panggil Kak Nolie. Kak Nolie tempah untuk jamuan raya persatuan yang dia joint ( kalau tak salah ). Caramel ni ada jagung di masukkan ( jagung dalam tin ). Kelebihannya, kurang rasa telur...kepada mereka yang tidak suka bau or rasa telur.

Harga : RM20.00

Rabu, 22 September 2010

Kek Pelangi Anakanda

Kek pelangi untuk anakanda saya yang comei. Kek ni untuk jamuan raya di Sekolah Rendah Agama Seri Putra. Hari ni anakanda saya berbaju raya bersempena jamuan tersebut. Harap2 ustaz dan ustazah sekolah beliau meyukainya.

Kek Pelangi Nahrim

Kek Pelangi untuk pekerja Nahrim...untuk jamuan raya. Selepas hantar kek untuk Watie semalam...terus hantar ke Nahrim...yang bertempat di Sri Kembangan.

Senarai Blog Saya