Sabtu, 9 Oktober 2010

Kek Pelangi - Kak Idah

Kek Pelangi tempahan oleh Kak Idah di Fasa 4, Bandar Baru Bangi. Kek Pelangi ni Kak Idah nak pada pagi 8hb Okt. Balik dari kerja, asben terus pi hantar ( asben keja malam ). Asben hantar dengan motorsikal powernya ( asben yg cakap ) sebab untuk elak jalan jem yg teruk. Terima Kasih buat Kak Idah.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kek Gula Hangus - Khairiah Mahayu

Kek Gula Hangus untuk Khairiah Mahayu, seorang Cikgu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelik. Khabarnya Cikgu Khairiah order Kek Gula Hangus ni untuk open house rumahnya. Terima Kasih kepada Cikgu Khairiah.

Harga : RM27.00 ( 2 kilo - lebih kurang )

Rabu, 6 Oktober 2010

Puding Cendol Gula Melaka

Baru2 ni asben ringan tulang untuk buat satu resepi baru. Nama nya kalau ikut buku RASA keluaran Oktober ialah Puding Cendol Gula Melaka. Buat pertama kali ni asben buat ikut seperti mana dalam buku RASA tu. Now asben merancang akan membuat kali ke-2 sekaligus mengVIDEOkan untuk diupload ke youtube namun resepi kedua nanti akan diadjust sedikit ikut kesesuaian. IsyaAllah, selepas asben selesaikan semua, resepinya akan dipaparkan kedalam BLOG GULA HANGUS ini.

Keratan Rentas Puding Cendol Gula Melaka

Kek Pelangi - Uniten

Pada 05 10 2010 Watie si Tokeh Kantin di Uniten repeat order Kek Pelangi. Asben awal2 pagi pergi buat delivery. Oleh kerana asben kerja malam so tiada masalah untuk penghantaran. Kalau kerja pagi may be asben akan hantar awal sket. Apa pun terima kasih kepada watie.

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Terima Kasih kepada Watie yang menjadi tokeh kantin di Uniten di atas order kek gula hangus dan kek pelangi. Semoga beliau dan customer beliau menyukainya. Tarikh penghantaran : 04 10 2010

Isnin, 4 Oktober 2010

Puding Mangga


Puding Mangga ni saya cuba buat ikut resepi dalam majalah Rasa. Selalunya asben yang suka try resepi2 Puding ni sebab asben suka sangat videokan. Tapi kali ini saya nak try buat sendiri. Kebetulan ada beli mangga kat Pasar Malam Putrajaya. Semasa asben balik kerja suruh dia rasa. Memang dah agak dia mesti komplen, katanya MANGGA yang di beli kat pasar malam tu tak sesuai untuk buat puding. Emmm..patut le rasanya lain macam. Mangga nya tak tahu lah namanya tetapi kulitnya hijau walaupun dah masak.

Ini le buku Rasa yang asben beli....asben beli sebab ada banyak resepi puding sebab dia hantu puding...

Kek Gula Hangus Watie

Kek Gula Hangus ni tempahan regular customer yang juga dari Bandar Seri Putra. Tempahan pada hari yang sama dengan Madihah. Penghantaran nya pun sama. Terima Kasih kepada Watie yang sentiasa menempah Kek Gula Hangus saya.

Puding Jagung Madihah

Puding Jagung 2 bekas ini order dari Madihah dari Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Terima kasih kepada Madihah yang menempah puding ini untuk Jamuan Raya di rumahnya. Minta maaf tidak dapat hadir kerana terlibat dengan komitmen lain.

Kek Gula Hangus & Puding Kacang Merah Kak Ummi

Kek Gula Hangus dan Puding Kacang Merah tempahan Kak Ummi dari seksyen 5 Bandar Seri Putra. Tempahan pada sabtu lepas untuk jamuan raya untuk anak kak ummi. Saya dan asben hantar pada pukul 9am. Terima kasih kepada Kak Ummi.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kek Oren Nabila

Kek Oren untuk Nabila di Bandar Baru Bangi. Kek di Order untuk open house. Saya dan asben terus pergi hantar sebaik saja solat maghrib. Terima Kasih untuk Nabila.

Khamis, 30 September 2010

Kek Gula Hangus Watie Uniten 5


Selepas Raya aidilFitri, ini ialah kali ke 5 watie order kek gula hangus. Alhamdulillah, kek Gula Hangus dari blog GulaHangus telah mendapat kepercayaan dan perhatian. Terima Kasih kepada Watie dan para pelanggan sekalian.

Rabu, 29 September 2010

Puding Mable vs Jagung Azura

Puding Jagung dan Mable ni ialah tempahan Azura di persint 18, Putrajaya. Kami si family menghantar puding ni pada malam semalam. Selepas hantar puding, asben ajak berjalan2 di Putrajaya sambil melihat2 keindahan di waktu malam. Terima kasih Azura dan Suami, Ramadhan.

Ahad, 26 September 2010

Kek Gula Hangus Asilah

Kek Gula Hangus untuk Asilah di Impian Putra, sy dan Asben hantar pada pagi tadi, 26/09/2010. Asben agak terkejar2 tadi, sebab pagi ni dia OverTime. Terima Kasih kepada Asilah

Kek Gula Hangus Watie Uniten 4


Hantaran ke Uniten semalam ( 25.9.2010 ) semalam adalah kali ke 4 sepanjang minggu ni. Kali ini sebanyak 3pcs Kek Gula Hangus dan 3 pcs Kek Pelangi. Mengikut Tokeh Kantin, Kek2 ini untuk rumah terbuka beliau....apa pun Terima Kasih Watie...

Kek Gula Hangus Mas

Kek Gula Hangus untuk Puan Mas...Puan Mas order melalui call. Penghantaran dibuat ke Impian Putra, Kajang, Selangor pada 25092010. Terima Kasih Puan Mas

Senarai Blog Saya