Jumaat, 24 Disember 2010

Kek Coklat - Khairus


Kek Coklat diatas order by khairus di Hospital Serdang.
Oleh kerana ada nak hantau kek ke Uniten
Maka asben hantau jugak kek ke Hospital Serdang.
Terima kasih kepada Khairus

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi order by Tokeh kantin Uniten
1pc Kek Gula Hangus
&
2pcs Kek Pelangi
Terima Kasih kepada tokeh kantin uniten yg paling kerap order pada minggu ini.

Rabu, 22 Disember 2010

Apam Pelangi Mini


Apam Pelangi yang biasa GH buat telah diubah suai kepada mini pula
Ini semua TRIAL lagi
Belum boleh di xplore dan dijual
Mungkin sedikit masa lagik akan di jual
Isya Allah

Kek Pelangi - Uniten

Tempahan lagi dari Uniten
Baru semalam hantar 2pcs Kek Pelangi
Hari ni 3 plak
Emmm....terima kasih kepada pengurusan Kantin Uniten
Terima kasih berkali2 kepada Si Tokeh Kantin

Selasa, 21 Disember 2010

Kek Pelangi - Uniten

Order ulangan dari tokeh kantin Uniten
Sebelum ni uniten dah order 3 Kek Gula Hangus & 3 Kek Pelangi
Hari ni Uniten order lagi 2 Kek Pelangi
Asben yg hantar
Terima kasih kepada Watie Uniten si Tokeh Kantin

Isnin, 20 Disember 2010

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

3pcs Kek Gula Hangus dan 3pcs Kek Pelangi untuk Kantin di Uniten
Asben yang hantar pagi tadi
Oleh kerana asben kerja pagi maka dihantarnya sekali
Terima Kasih tokeh kantin Uniten

Ahad, 19 Disember 2010

Kek Gula Hangus - Shahrani & Suzana

2 pcs Kek Gula Hangus tempahan Shahrani dan Suzana
Kek ini adalah untuk diberi sebagai buah tangan untuk majlis tunang
Kek ini diambil pada 12pm
Terima kasih kepada Shahrani dan Suzana

Kek Gula Hangus - Kak Nolie

Kek Gula Hangus yang diorder oleh Jiran GH
Kek ini di order semalam untuk penghantaran di awal pagi tadi
Oleh kerana sebelah rumah
Pas melalui pagar jerk

Apam Pelangi Versi Ke 3

Apam Pelangi Versi ke 3 ini adalah Versi Final sebelum GH buka untuk Jualan.
Dari testimoni ( jiran2 jadi mangsa ), semuanya positif.
Now GH sedang mencari cara PEMBUNGKUSAN terbaik.
Harga dalam RM18 ( harga promosi sehingga diberitahu kelak )
Sekian. Terima Kasih atas sokongan anda.

Jumaat, 17 Disember 2010

Kek Gula Hangus - Inspen

Kek Gula Hangus order by Inspen pada pagi tadi
Asben balik keja malam
Terus pi hantar ke Inspen Bangi
Terima Kasih kepada yang order...

Puding Mable & Puding Aiskrim - Azura

Puding Mable & Puding Aiskrim Hak Milik Kekal Azura
Azura daripada presint 18, Putrajaya
Asben yang hantar pada malam tadi
Semetelaah asben maw gi kerja malam..
Apa pun terima kasih kepada Azura

Kek Gula Hangus & Puding Rich Coklat - Hanim


10pcs kek gula hangus dan 10pcs puding rich coklat adalah tempahan dari seorang customer yang baru GH kenali iaitu Hanim.
Tempahan ini adalah untuk jamuan berbuka puasa sempena majlis Asyura di Masjid KUIS ( Kolej Universiti Islam Selangor )

Mulanya Hanim tempah Kek Gula Hangus je
Kebetulan Hanim datang rumah GH untuk bayaran KGH tu
GH ada bagi Puding Rich Coklat untuk Hanim rasa
Tup..tup...hanim order 10pcs Puding Rich Coklat
Terima Kasih Hanim

GH dengan senang hati sedekahkan 2pcs Kek Pelangi untuk Majlis tersebut.
Bak kata Hanim, memberi makan kepada mereka yg berpuasa pada hari Asyura umpama memberi semua org Islam yang berpuasa.
Puding juga GH turun kan harga sedikit juga sebagai sedekah untuk majlis tersebut

Semoga amalan kita diterima..

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Semalam punyer order ni
Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi oleh Wati Uniten
Terima Kasih Watie

Selasa, 14 Disember 2010

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Idah Texas

Yang ni order dari jauh
Idah ni datang dari Keramat, KL
Dia datang dgn komuter
Bekerja di Texas dan Kek gula hangus dan kek pelangi ni di order oleh kawan2nya...
Terima kasih idah...

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Seperti biasa tokeh kantin uniten ni akan kerap order Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi
Asben cuti hari ni maka menjadi mangsa
Mangsa tukang hantar kek
Pepagi lagi asben dah keluar
semangat betul dia
Terima kasih Wati tokeh kantin Uniten dan my asben

Senarai Blog Saya