

Kek Pelangi - Order oleh Watie BSP ( Bdr Seri Putra ). Kek untuk di hantar ke sekolah anaknya. Terima kasih kepada Watie kerna terus mengorder dari saya.
Harga : RM18.00 ( Lebih kurang 1kg )
Kek Gula Hangus dan Aneka Kek dan Puding HomeMade dengan bahan2 berkualiti. Kami tidak menyimpan stock untuk menjaga kesegaran. KEK dan PUDING hanya akan kami BUAT setelah ANDA MENEMPAHnya... Anda juga boleh mencuba resepi pilihan dengan Bantuan Video...lihat link disebelah kanan. TEMPAHAN CALL / SMS / WHATSAPP : PUAN LELA - 0117071 3716








Kek Pelangi dan Kek Gula Hangus yang di tempah oleh Watie di Kantin UNITEN. Oleh kerana asben ari ni cuti maka se awal mungkin asben pergi mengantar ke Uniten. Kira support customer jugak lah, al maklum customer si watie ni pun may be pepagi ni nak bersarapan...ada kek-kek ni, byk jugak pilihan yang mereka ada selain dengan kuih-muih lain. Kali ni watie tempah 4 kek pelangi dan 3 kek gula hangus.







Terima Kasih kepada Watie yang menjadi tokeh kantin di Uniten di atas order kek gula hangus dan kek pelangi. Semoga beliau dan customer beliau menyukainya. Tarikh penghantaran : 04 10 2010
Puding Mangga ni saya cuba buat ikut resepi dalam majalah Rasa. Selalunya asben yang suka try resepi2 Puding ni sebab asben suka sangat videokan. Tapi kali ini saya nak try buat sendiri. Kebetulan ada beli mangga kat Pasar Malam Putrajaya. Semasa asben balik kerja suruh dia rasa. Memang dah agak dia mesti komplen, katanya MANGGA yang di beli kat pasar malam tu tak sesuai untuk buat puding. Emmm..patut le rasanya lain macam. Mangga nya tak tahu lah namanya tetapi kulitnya hijau walaupun dah masak.