Selasa, 10 Mei 2011

Tempahan Dari Puan Fatimah Zura

3pcs Kek Pelangi.
1pc Apam Pelangi.
120pcs Muffin vanila.

Tempahan Puan Fatimah Zura.
Sempena majlis tahlil dan birthday anaknya.
Terima kasih kepada Puan Fatimah Zura.

Harga:
Kek Pelangi - RM20.00
Apam Pelangi - RM20.00
Muffin - RM0.60 ( kecil ) minima order 100pcs
RM1.00 ( besar ) minima order 50pcs

Isnin, 9 Mei 2011

Kek Gula Hangus - Hani

Kek Gula Hangus tempahan si Hani daripada Nilai Impian.
tempahan yang agak mengejutkan daripada Hani.
Sebab tempah dalam 3pm.
Kek nak ambil pukul 5.30pm.
Memang mengejutkan.
Tak pernah GH buat mcm tu.
Tapi HANI punya pasal.
GH buatkan jugak.
Cair atas pujukan Hani.
Tapi si Hani terpaksa bawa pulang Kek Gula Hangus dengan keadaan yang masih panas.
Kek2 di Gula Hangus ni tiada stock taw.
Tuan Puan tempah.
Baru kami buat.
Supaya ia segar gitu.
Apa pun terima kasih kepada Hani.

Kek Gula Hangus - RM28.00
2kg

Sabtu, 7 Mei 2011

Resepi Puding Mangga



Puding Mangga hasil kerja tangan Asben GH ( Gula Hangus ).
Jom tenguk resepinya.

Resepi Puding Mangga

20gram - Serbuk Agar2
6 cawan air
1 cawan gula
4 Sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
2 biji telur gred C
1 Sudu besar Mango Paste
300gram mangga masak

Cara Membuatnya.

Masak air, serbuk agar2 dan gula sampai mendidih.
Blender Tepung kastard, susu cair, telur, mango paste dan mangga masak.
Setelah blender masukkan dalam serbuk agar2 yang dimasak tadi.
Kacau dengan api kecil sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan dalam loyang yang disukai.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam peti ais.
Sedap dimakan ketika sejuk.

Sekian selamat Mencuba.


Jumaat, 6 Mei 2011

Apam Pelangi - Jiran

Apam Pelangi.
Tempahan jiran GH.
Suka sangat jiran GH makan apam ni.
Terutama cucu2nya.
Terima kasih kepada makcik yang menempah apam pelangi.

APAM PELANGI : RM20.00

Untuk tempahan jangan segan2, SMS or CALL ke
019 634 1552 0r 012 633 4787 ( Puan Lela )

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Kak Edah

Kek Gula Hangus 2pcs.
Kek Pelangi 3pcs.
Tempahan Kak Edah dari Bandar Baru Bangi.
Kak Edah ni selalu order dari GH.
Penghantarannya telah dibuat awal pagi tadi.
Terima kasih kepada Kak Edah kerna sentiasa order dari GH.

Kek Gula Hangus : RM28.00
Kek Pelangi : RM20.00

Untuk tempahan jangan segan2, SMS or CALL ke
019 634 1552 0r 012 633 4787 ( Puan Lela )

Khamis, 5 Mei 2011

Kek Gula Hangus - Fitriyah

Kek Gula Hangus tempahan Fitriyah dari Taman Impian Putra.
2pcs Kek Gula Hangus.
Selamat dihantar pada malam tadi.
Diharapkan fitriyah berpuas hati.
Tidak lupa juga terima kasih diucapkan.

Kek Gula Hangus : Rm28.00
Tempahan sila SMS or CALL : 019 634 1552 or 012 633 4787 ( Puan Lela )

Isnin, 2 Mei 2011

Apam Pelangi - Jiran


Salam sayang buat semua
Lama GH tak post sumtin
GH minta maaf kerna terpaksa menolak order pada minggu lalu
Sebab2 tidak dapat dielakkan
Now segalanya sudah ok

So minggu pertama Mei 2011
GH siapkan order Apam Pelangi untuk jiran
2pcs apam pelangi yg kaler2
Nak try
Boleh order yea
Harga 1 bekas : RM20.00

Terima kasih kepada jiran GH

Isnin, 25 April 2011

Puding Jagung


Hari ni asben buat Puding Jagung
Lama sudah GH sefamily tak makan Puding Jagung
Selalunya buat untuk orang jer
terima kasih kepada Encik Asben yang terajin membuatnya

Ahad, 24 April 2011

Kek Coklat Kukus


Kek Coklat Kukus ni GH buat semalam
Untuk trial je ni
Tak sangka plak ASBEN suka sangat
Dia jadi tukang habiskan
Pagi Petang Siang Malam dia dok hadap
GH biarkan jer
Kalau obesiti nanti
Bukan salah GH
Sebab GH dah halang dah
Kan...Kan..?

Sabtu, 23 April 2011

Muffin Coklat & Vanila - Kolej Murni, Nilai


Muffin cokelat dan vanila hak milik kekal Student Kolej Kejururawatan Seri Murni
Kolej ni berada di Nilai
Terima kasih kepada mereka

harga : RM1.00/pcs

Jumaat, 22 April 2011

Puding Jebat aka Neslo

Puding ni memang sedap
Sebab ada rasa NESLO
GH memang suka
Asben GH buatkan
Mulanya namanya lain
Tapi asben GH dah tukar kepada Puding Jebat atau Puding Neslo
sedap taw

Khamis, 21 April 2011

Apam Dot Dot Cuba Try Test

Apam Dot Dot ni Gh baru je cuba Try Test
Asben dah komplen macam2
Banyak karenah betul orang tua tu
Tapi bagus jugak untuk improve
Nanti kalau GH dah pakar
GH jual erk
Nanti beli erk
Sekian

Puding Triffle - Aishah

Puding Triffle hak milik kekal Aishah dari Serdang
Puding Triffle ni 3 layer sahaja
Selalunya asben GH buat 7 layer
Ini percubaan pertama dan Aishah kata sedap
Terima kasih kepada Aishah

Harga : RM30.00

Ahad, 17 April 2011

Kek GuLa Hangus, Apam Pelangi, Puding Jagung & Triorasa - Puan Fairus


Kek Gula Hangus, Apam Pelangi, Puding Triorasa dan Puding Jagung,
Semuanya tempahan Puan Fairus dari Bandar Baru Bangi,
Terima kasih GH ucapkan,

Kek Gula Hangus : rm28.00
Apam Pelangi : rm20.00
Puding Triorasa : rm20.00
Puding Jagung : rm18.00

Puding Jagung - Anis

Puding jagung tempahan Anis,
Anis ni siap datang rumah untuk ambil Puding ni,
Terima kasih Anis,
kali kedua tempahan dari Anis,

Puding Jagung RM18.00

Senarai Blog Saya