Tuesday, November 3, 2009





TEMPAHAN TERUS DI BUKA....

TERIMA KASIH...di ucapkan kepada pelanggan2 yg order kek gula hangus dan puding semasa Hari Raya Aidil Adha yang lepas. Sokongan anda amat dihargai. Biarpun tak menang tangan kerana ada membuat tempahan saat-saat akhir namun SAYA bersyukur kerna dapat memenuhi kehendak pelanggan. HADIAh percuma telah pun HABIS PROMOSI nya, kepada yang teringin mendapatkan PERENCAH RENDANG tersebut boleh lah CALL or SMS SAYA. Harga sepeket rm1.50.

Tempahan KEK GULA HANGUS dan PUDING terus dibuka. Seeprti biasa SAYA tidak meyimpan STOCK jadi kena lah beritahu awal2 jika mahu KEK GULA HANGUS dan PUDING. Bukan tak mahu buat awal2, cuma dah menjadi POLISI SAYA demi menjaga KUALITI n RASA Kek dan Puding.





Kami di Gulahangus tidak menyimpan stock, kek atau puding kami hanya akan dibuat setelah ditempah. Ini adalah untuk menjaga kualiti produk kami. dan mengunakan bahan-bahan Tiada bahan pengawet bermutu serta HALAL sahaja.

Oleh itu kami berharap, pelanggan-pelanggan kami membuat tempahan awal supaya kami dapat memberi perkhimatan terbaik.


Kek Gula Hangus ( bentuk Petak dan Bulat )
Berat : Lebih Kurang 2kg
Harga : RM25.00
Harga termasuk Pos : RM40.00
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

Kek Pelangi
Berat : Lebih Kurang 1kg
Harga : RM15.00
Harga termasuk pos : RM27.00
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.


Kek Karot
Berat : Lebih Kurang 1kg
Harga : RM15.00
Harga termasuk pos : RM27.00
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

Puding Mable
Berat : Lebih Kurang 1.6kg
Harga : RM17.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

Puding Jagung
Harga : RM 15.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

** Pembayaran boleh di buat dengan bank in melalui Maybank2u dan di ATM machine ( maybank.

No Akaun Maybank : 1622 6322 4084
Nama : Nor Lela Binti Nus
Handphone : 019 634 1552 - Setelah pembayaran dibuat sila sms or call untuk info.

Pembayaran ketika menerima barang juga dibenarkan untuk penghantaran percuma terhad kepada 3 biji kek or puding sahaja. Lebih daripada itu, deposit siperlukan sebagai tanda confirm.



( Produk bermutu hasil dihasilkan daripada bahan2 bermutu )


( Kek Gula Hangus yang telah siap dibungkus...tunggu dihantar kepada pelanggan )

Puding Triffle...

Puding Triffle...RM 35.00...

Layer-layer utama :-
1. Agar2 + Koktel campuran buah buahan or pic
2. Swiss roll ( 2 layer )
3. Puding Kastard
4. Coklat rich

Cubaan Pertama...

Ini percubaan pertama saya dalam pembuatan MUFFIN/CUPCAKE...ada beberapa kekurangan yang perlu di perbaiki. Tima kasih kepada Asben dan Jiran2 yang memberi komen...komen2 anda amat di hargai...



Nyum...Nyum....lom di buka untuk JUALAN.....

Tuesday, October 13, 2009

Puding Kacang Merah...

Buku ni...asben suruh beli sebab ada kawan kata ada resepi puding. Walaupun asben keja malam...dia nak sangat carik buku ni...meroyan nak buat puding agaknyer. Jumpa buku ni kat Nilai 3...beli terus...

Walaupun asben keja malam...dia nak gak buat puding kacang merah ni...dia ambil dlm majalah saji tu. Tapi katanyer dia adjust sket sebab nak dptkan banyak...dan hasilnyer....seperti di atas. Puding ni guna santan...ada yang guna susu segar. Rasanyer...guna susu segar lagik sedap...

Buku ni ada customer bagi tenguk...dia tempah 3 puding yang semuanyer berlainan jenis. Termasuk satu resepinyer ambil dalam buku yang diberi.

Ini lah sample puding tu...asben buat satu dulu untuk try test puding dalam buku tu. Rasanyer sedap dan guna susu segar. Sedap sangat2.

Monday, October 12, 2009

TrioRASA


Puding Triorasa yang suami xplore di BLOG ini telah menerima tempahan...Asben tak cukup tangan dan terpaksa lah wife dia ni bantu...apa pun taniah buat my asben...boleh jadi hero puding lah macam ni...kan...?

HARGA : RM 17.00

Thursday, September 3, 2009

Taniah Buat CheKuna


Taniah buat Chekuna sebab berjaya membuat RESEPI PUDING JAGUNG...asben ada ckp, dia rasa seram plak kalau chekuna buat tak jadi...nanti apa kata dia plak. Kita pun cakap balik kat asben, kan selama ni buat jadi dengan resepi tu...usahlah risau...jadi punyer...lepas tu asben hanya senggih dan akhirnyer....mmg menjadi...hilang risau asben kita...kepada yang nak tenguk kuih2 lain di blog chekuna...leh ziarah di http://chekuna-rauna.blogspot.com/

Wednesday, September 2, 2009

Resepi Puding Roti Marble


Ini resepi puding terbaru asben buat tengahari tadi. Tah apa mimpinyer asben nak try buat, resepi ni dicedok dari blog AZURA yang pernah singgah ke sini dahulu. Sempat plak asben videokan dan upload dalam youtube dan post ke sini. Apa pun kepada yang ingin mencuba dengan bantuan video..sila lah cuba try test...kepada yang nak order Kek Gula Hangus...sila2 jangan memalu...


Resepi Puding Coklat...


Resepi puding coklat...

Untuk mencuba boleh lah tenguk video yang disertakan. Semoga berjaya. Terima kasih kepada my asben ( jebateja ) yang buatkan puding coklat ini dan mevideokannya juga.



Tempahan Kek gula hangus n puding klik sini
( Ejaan salah dalam video..magerin = majerin )

Friday, August 28, 2009

Puding TrioRasa




Nama puding ni trioRasa..asben buat semasa beliau bercuti semlm....lepas asben siap semuanyer..try le tanya asben kenapa tak ambil gambar dan buat video cara membuatnyer...asben jawap...LUPA...alahai....Puding ni ada banyak rasa...antaranyer pandan, ros, oren dan vanila...secara peribadi...puding ni mmg sedap....

Wednesday, June 24, 2009

Kuih Lapis...



Lama sangat tak membuat kuih ni...bz buat kuih untuk orang hikhik...kuih lapis ni KITA cuba 3 kali...baru berjaya...mula2 try...ingat senang rupanyer susah gak. Pada orang lain mungkin senang kot..tapi pada KITA susah plak. Yang no.3 ni ASBEN kata sedap...so LULUS le ujian....

Wednesday, June 10, 2009

Suami Ku Kembang Semangkuk


Suami ku memang kaki puding. Banyak puding dia dah buat dan banyak video yang dia hasilkan berteraskan cara2 membuat. Tapi banyak video dia yg dia simpan buat pekasam kerna dia terlampau sibuk dengan kerja. Kalau nak taw BLOG dia..leh lah KLIK SINI.
Tapi satu aku heran...sejak PUDING dia mendapat tempat dihati PELANGGAN2 tetapnyer...ada plak masa dia luangkan untuk membuatnyer walaupun bz. Bila mana aku tanya dia...tak nganggu keja dia ke ...dia hanya jawap....DEMI PUDING...SEGALANYER DIKORBAN KAN...adehhh...aku dapat rasakan..suami aku ni BANGGA sebab PUDING dia kerap mendapat TEMPAHAN....ADIOS suami ku.....

GAMBAR : PUDING MARBLE yg disiapkan dengan TURBO sebab ada orang TEMPAH n MAW cepat.....Dari Feedback orang tu..Rasanyer enak...ahakz....KEMBANG LAGIK SUAMI AKU....

Sunday, May 17, 2009

Kek Gula Hangus...Empat Segi

Permintaan daripada sorang customer untuk buatkan Kek Gula Hangus untuk nyer dalam bentuk 4 segi. Pagi tadi cari kat Nilai 3, loyang empat segi...pastu balik rumah terus buat. Alhaamdulillah berjaya...takut jugak kalau2 melimpah. Nampaknya lepas ni customer ada pilihan untuk order...4 segi or bulat?

Saturday, May 16, 2009

Kek Carot...




Ini adalah Kek Carot yang baru sahaja dimasak. Seorang customer dari Mantin kebetulan menempah Kek Gula Hangus dan Puding Mable menjadi hakim untuk Kek Karot ni. Setakat ini belum lagik menerima apa-apa komen daripada beliau. Harap kiranya dia dapat memberi komen beliau..tak kira lah positif or negatif.

Friday, May 15, 2009

Kek Coklat


Kek coklat yang di Order oleh seorang pelanggan. Alhamdulillah mendapat pujian. Tak lama lagik kami akan membukanya untuk jualan secara rasmi. Buat masa ini kami sedang mengkaji cara untuk packing. Pelanggan yang order baru2 ni tinggal berdekatan rumah so senang nak hantau ke rumahnya.

Sunday, May 10, 2009

Jual puding....


Jual puding..? Sesuatu yang tak pernah terpikir pun. Ingatkan ia sekadar hobi dan di videokan untuk kongsi resepi mudah. Namun sejak 2 3 bulan ni...ramai plak yg order puding. Kaget gak...sebab tak pernah terpikir nak jual. Tak pernah kira berapa kos nyer. Berapa plak nak jual? Macam mana plak nak packing. Masa mula2 jual dulu Puding mable( seperti dalam gambar atas)...tak sempat nak pikir cara packing...bagi je loyang. Minta pula si pelanggan pulangkan balik loyang. Uhukz. sib baik pelanggan tinggal dekat dan tak kisah nak pulangkan loyang.

( Puding Mable )

( Puding Jagung )

Now...kita rasa...alang2 dah ada pembeli puding..maka baik jual je. Harga RM15 untuk puding seberat 1.6kg ~ 1.7kg. Bekas 200mm x 200mm dan tebal puding 45mm. Puding kat atas tu adalah permintaan pelanggan untuk satu perjumpaan di PD. Depa order 3 kek gula hangus dan 3 puding. Bangga plak dapat jual puding...hobi yang bikin duit...kan?

Nak tempah kek Gula Hangus? Jom...klik SINI

Saturday, December 20, 2008

Resepi Puding Buih


Uikk..lama gak tak buat puding...patut le rasa lenguh je jari jemari hamba..al maklum...orang penting macam hamba..selalu sangat bz...err...penting mana sangat lah aku ni....

So kali ni nak tunjukkan satu lagik resepi puding yang tak kureng sedap nyer. Siap ada kuah lagik tu...kuah nyer lah yg buat puding ni sedap bangat.

Seperti biasa meh usha bahan2nyer dulu...
  • 2 kampit agar2 atau 50 gram
  • Air secukup rasa - sukatannya 1500ml atau guna bekas agar2 tu, 1 1/2 bekas.
  • 3 helai daun pandan ( 1 helai untuk pandan, 2 helai untuk kuah )
  • 9 sudu gula ( puding )
  • 5 biji telur - asingkan putih dan kuning. 1 kuning telur untuk kuah
  • Pewarna merah
  • Perasa strawberi
Untuk kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air ( sukat guna tin susu tadi )
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan.
  • 1 biji telur merah
  • 7 sudu besar gula
Wokay..macam tak biasa plak...cara membuatnyer..kena tgk video lah....puding ni kena jaga2 sket..kalau salah sukat tak jadi nanti...bersepai plak buih nyer...lagik satu..puding ni pun sedap dimakan dengan kek gula hangus...tak caya?...cuba lah




Tuesday, December 9, 2008

ANTIOKSIDA - Pelindung Tubuh


ANTIOKSIDA - adalah merupakan mineral dan vitamin, sumber terbaik adalah buah2an dan sayur2an yang berwarna

ANTIOKSIDA - melindungi sel tubuh daripada kerosakkan akibat proses pernuaan dan pengoksidaan.

ANTIOKSIDA - adalah juga bahan pelindung untuk penyakit kanser dan penyakit jantung.

ANTIOKSIDA - menghentikan proses okidasi yang berlaku akibat serangan radikal bebas yang terdapat dalam sel badan dengan cara mengikat radikal bebas dan menjadikan nya tidak membahaya sambil membaiki mana2 sel yang rosak.

KEK GULA HANGUS - sedap dan pasti memikat selera. ORDER..!

Monday, December 8, 2008

Penyediaan Makanan Sihat...Boleh Anda Lakukan?


Basuh dan bersihkan sayur2an yang dibeli. Tetapi jangan plak bersihkan sayur lepas dipotong kerana khuatir kekotoran melekat pada bahagian yang dipotong tersebut.

Meyingkirkan kekotoran dengan cara merendam sayur2an kedalam air memang lah bagus tetapi jangan terlalu lama kerana vitamin B kompleks dan vitamin C mudah larut dalam air. Rugi ooooo vitamin hilang begitu jerrrr

Rancang masakan anda supaya anda memasak sayur2an tidak terlalu lama kerana seperti anda dan saya tahu sayur mudah layu sekali gus menjejaskan kandungan nutrien didalam nya. Emmm..apatah lagi kalau hangit..erkkk

Biarpun anda seorang yang berseni...kalau boleh jangan lah memotong sayur2an sekecil2 yang anda mampu kerna..lagi kecil anda potong..lagi cepat lah nutrien nya leh hilang.

Kurangkan minyak ketika menumis..ni dah ramai orang cakap n tulis. Mengunakan banyak minyak memang tak baik untuk kesihatan. Kurang2kan lah...untuk pengetahuan..mengunakan minyak petrol banyak ketika harga minyak naik pun...tak baik untuk kesihatan...err..kuat tajuk ni.....sowy...

Kalau ada rasa rebus tu adalah cara memasak yang baik untuk kesihatan..anda betul...tapi kalau anda rebus terlalu lama...anda salah...kerna anda sedang melupuskan kandungan nutrien dalam sayuran...rugi ooo...beli sayur banyak2..makan sayur kosong jerk...

Alang2 anda merebus tadi...apakata anda menguna air rebusan tadi didalam masakan anda. Banyak nutrien yang terbebas tadi dalam air rebusan tadi....rugi plak buang begitu je...kan?

Anda juga cara sihat dalam masakan selain daripada mengunakan cara mengunakan minyak dan dengan cara kukus.

Memanggang adalah lebih baik dari mengoreng bagi sumber2 makanan yang mempunyai protein. Seperti ayam, daging dll

Jangan sejuk beku makanan berulang kali...

Last sekali..makan lah kek gula hangus. Ia dibuat daripada bahan2 bermutu dan rendah kolestrol...cuba lah..


Sunday, December 7, 2008

Resepi Puding Mable Serangkai Kasih

Waaa..rajin plak nak buat puding minggu ni. Wokay..ini adalah resepi yang kembarnyer bernama resepi puding Mable gak. Cuma nak bezakan..tambah plak ayat serangkai kasih. Kena lah bezakan iyer tak..kalau sama nanti keliru plak. Walaupun dikatakan kembar..( aku yg kata kembar..orang lain tak pun..)ia berbeda tang tepung dan cara kita guna telur. Tepung kita guna tepung kastard berbanding yang terdahulu...kita guna tepung Hun Kwee. Manaka telur plak..kalau dulu kita guna kuning telur je..kali ni..kita guna semua..kecuali...KULIT telur laaa. So tentu saja rasa nyer berbeza sket. Kalau nak senang dan tak mahu rugi kerna terpaksa membuang putih telur so ini lah resepi nyer..( dengarnya..putih telur buleh buat masker..err..tak taw plak..). Puding ni sedap dan sesuai di hidang untuk minum petang ke, hidang pada tetamu ke or waht ever laaa. Secara peribadi..aku suka lagik puding Mable yang terdahulu...

So..jom kita tenguk bahan-bahan yang mahu kita guna dalam resepi ni...murah je ni....jommmmm

  • 1 kampit agar2 25 gram
  • Air
  • 1 Cawan gula
  • 1 Tin susu cair
  • 5 Biji telur
  • 1 Sudu teh aisin vanila
  • 125 gram mentega
  • 3/4 Cawan milo
  • 4 Sudu besar kastard
Wokay...itu bahan2 nyer...senang kan nak cari..ahakz. Macam biasa cara membuatnyer kena lah gi tenguk video nyer. Kang aku bagitaw kat sini...korang tak tenguk plak video ni...penat2 je aku buat..kan...kan...ahakz. So nak tambah tips makan puding...kata orang2 tua..puding enak di makan dengan kek gula hangus...so meh lah order...!

Jom makan warna....

Buah buhan dan sayur sayuran yang kita makan mempunyai warna warna yang menarik...apakah fungsinya?.....Jom tenguk...

HIJAU - Buah buhan dan sayuran yang berwarna hijau adalah biasa kita melihatnya tetapi apakah kelebihan warna hijau tu kepada kita..
  • Ia dapat meyihatkan mata
  • Ia dapat menguatkan tulang dan gigi
  • Ia dapat mengurangkan risiko kanser
MERAH - Adakah anda peminat warna merah? Apa pulak sumbangan merah di dalam makanan kepada kita?
  • Ia dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Ia dapat menguatkan daya ingatan
  • Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser
  • Jangan tak caya, ia juga dapat meyihatkan saluran kencing
KUNING/OREN - Kepada peminat pisang...ini kelebihan anda
  • Menyihatkan mata
  • Ia dapat meningkatkan daya imunisasi
  • Dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Mengurangkan risiko kanser
BIRU & UNGU - Anda takut tak pada nyanyuk dan penuaan..? Cuba baca ni...
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Melambatkan proses penuaan
  • Juga meyihatkan saluran kencing
  • Megurangkan risiko kanser...
PUTIH & COKLAT - Makanan- makanan yang mempunyai warna warna ini juga mempunyai kelebihan nya
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Mengawal tahap kolestrol
  • Mengurangkan risiko kanser
Apa yang perlu anda tahu, sayur sayuran dan buah buhan yang anda ambil atau pun sekadar anda pandang tanpa nafsu, mempunyai banyak vitamin, banyak mineral dan banyak enzim yang mempunyai tugas melindungi sel sel yang berada didalam tubuh badan anda daripada proses pengoksidaan di dalam badan. Jadi apa lagik....makan lah banyak sayur2an dan buah2an...dan yang lebih penting jangan lupa makan sayur2an dan buah2an dengan kek gula hangus kami yang lazat..lagi lah tambah sedap...betul...tak caya...cuba lah...

Resepi Puding Sunquick

Kali ni nak tambah satu lagik puding yang sedap....dengan bantuan video maka cara membuatnyer akan tambah mudah....kalau dah mudah mcm ni...tak maw buat gak...tak dapek den nolong tu doh...apa pun sesekali apa kata kita try buat. Bina skill memasak pada mereka yg langsung tak tahu apa itu memasak. Apa pun kepada pakar-pakar masakan jangan plak bandingkan masakan den dengan korang...den ni budak baru belajar dalam bab2 puding ni.

Puding ni den buek bila den free je...saja2 asah bakat..tak jugak tajam..adoi lahh..apa pun meh kita tenguk bahan-bahan nyer dulu...tak mahal sangat rasanyer...err...tak tahu plak berapa kos nyer..

  • 1 kampit agar2 yang beratnya kalau boleh 25gram
  • 1500ml air atau 7 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 atau 3 biji limau sunquick - ambil jus nya
  • 3 keping roti
  • 4 bijik telur ayam
  • 1 sudu teh aisin vanilla
  • Sedikit perwarna merah
  • Sedikit Pewarna hijau
  • Sedikit perasa koko or milo
Wokay..itu bahan2 nya..cara nak buat seperti biasa....sila lah guna video klip yang disertakan ni. Penat den buek..kalau tak follow...tak taw le....apa pun...nak beritahu satu rahsia...puding ni sedap dimakan dengan kek gula hangus...so apa lagik..order le....



Saturday, December 6, 2008

Epal dan Anak Anda


Adakah anda tahu kepentingan epal kepada anak anda? Kanak - kanak biasa nya memang sangat teruja dengan makanan2 yang manis. Makanan2 ringan juga memang biasa menepati citarasa anak2 anda. Apa kata kita menukarkan rasa manis dan makanan ringan yang sangat2 digemari itu dengan buah epal. Dengan kandungan zat yang banyak dalam sebijik epal maka epal sebenarnya membantu tumbesaran tulang anak2 anda dengan baik. Sejenis bahan galian yang dikenali sebagai ' boron ' dapat membantu tumbesaran anak2 anda. Anak anda juga dilindungi oleh bahan anti oksidan yang banyak terdapat di dalam sebijik epal. Anti oksidan adalah bahan yang melindungi jantung daripada serangan jantung dan angin ahmar. Bukan itu baik untuk anak anda..!

Friday, December 5, 2008

Caramel Jagung

Ini lagik satu Puding yang senang sangat nak buat...sila lah try....sure jadinyer. Dengan bantuan video sure lagik mudah membuatnyer. Pastu makan bersama kek gula hangus...pehhh....lazat gitu...

Bahan bahan nyer


1 cawan gula - untuk buat Gula Hangus

1 tin susu cair
5 sudu besar gula
5 bijik telur ayam
3 sudu besar kastard
1 tin jagung
1 sudu teh asen vanilla

Cara2 membuatnyer.[i]

1 cawan gula td masuk kuali n buat gula hangus
Jangan sampai hangus
Asal dah keperangan ..okay lah tu.
Pastu masukkan dlm loyang yg sewajar nyer.

Bahan2 selain daripada gula td. Campurkan dalam blender.
Blenderkan. Biat lama sket
Supaya saiz bijirin jagung dalam tin tu...dapat kita kecil kan....

Setelah dah blender semua
Letakkan dalam loyang yg ader gula hangus td
pastu kukus
dlm masa 15 ~ 20 minit
Nak taw dah masak..cucuk dgn lidi or tester kek

Pas tu leh hidang maaaa

Thursday, December 4, 2008

Penghadaman dengan Pudina


Pudina boleh dikatakan sejenis herba yang berasal daripada keluarga Labiatae. Pelbagai jenis pudina boleh didapati diantaranya adalah Mentha Aquatica, Mentha Spicata dan Metha Spicata. Pudina cukup berkesan untuk meredakan kekejangan otot, menghilangkan loya dan merawat cirit birit. Namun apa yang perlu di ketahui bahawa semua jenis pudina bertindak sebagai ejen perangsang dan membantu dalam penghadaman. Pudina juga bertindak sebagai anti parasit, antiseptik dan antivirus. Ia merangsangkan badan untuk megeluarkan peluh. Oleh itu adalah baik menjadikan Pudina sebahagian daripada ulam - ulaman anda. Cuba lah....

Thursday, October 16, 2008

Resepi Puding Nestum

Hah..ini satu lagi resepi puding yang senang nak di buat....leh lah kalau dihidang bersama family. Tak susah pun kalau rajin...kalau malas..pegang sudip pun...tak larat...okay geng..jom tgk bahan2 nyer.

  • Sebungkus agar-agar
  • Air - sukatan diberi dalam video ni.
  • Sudah tentu nya...5 sudu besar NESTUM
  • 3 sudu besar Milo
  • 3 sudu besar Tepung kastard
  • 1 sudu kecil Aisen Vanila
  • 1 cawan Gula
  • 1 tin susu cair Susu Cair
  • 3 bijik telur
Hah..cara membuatnyer..sila lah cuba dengan bantuan video yang di beri...senang je...cuba n pas kat kawan or anak pinak..sure depa suka. Anda boleh gak tambah coklat pekat dalam resepi ni...nampak lain lah sket..jgn banyak2 plak..ahakz....lagi satu...puding ni lebih enak dimakan dengan kek gula hangus...tak percaya....percaya lah.....

Monday, September 15, 2008

Resepi Puding Trifle

Sebelum memulakan resepi ni sila pastikan anda meyediakan bekas yang sesuai kerna puding ini berlapis. Seelok eloknya dari kaca lut sinar. Agak susah n banyak bahan...tetapi..rasanyer sedap dan berbaloi membuat nyer...cuba lah...jangan tak cuba..

Oleh kerna berlapis jebat tulis bahan2 n cara membuatnyer by layer.

Layer 1.

~bahan2nye:

1 tin koktel buahan campuran
1 paket serbuk agar2 tanpa perisa

~Cara membuatnyer

Asingkan jus daripada koktel. Jangan buang jus tersebut. Letak buahan koktel dalam bekas yang sesuai. Masak agar2 seperti arahan di belakang kotak. Setelah masak tuang ats buahan koktel n sejukkan.

Layer 2.

~bahan2nye:

2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair

~cara membuatnyer:

campur semua bahan td. Masak dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa. Setelah masak n pekat...tuang ats layer pertama td.

Layer 3.

~bahan2nye:

1 swiss roll strawberry ( ikut suka perasa apa maw )

~cara membuatnyer:

Potong swiss roll setengah inci. susun dlm bekas puding td. pastu basahkan dgn jus koktel td. jgn abiskan jus tersebut.

Layer 4. ( nak buat puding rich coklat )

~bahan2nye:

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air or 900ml
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu asen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 tanpa perasa

~cara membuatnye:

Campur semua bahan kecuali butter. Gaul or mixer. Pastu masak n kacau perlahan2 sampai mendidih. Setelah mendidih masukkan butter. Kacau sampai pekat. setelah pekat n angkat. Tuang atas katas Layer 3 td. Tuangkan sedikit tebal tp jgn abiskan adunan ni.

Layer 5.

~bahan2nye:

1 swiss roll coklat ( ikut suka perasa apa maw )

~cara membuatnye:

Potong swiss roll 1/2 inci. Susun atas layer 4. Jgn lupa lembabkan dgn lebihan jus koktel.

Layer 6.

~bahan2nye:

Guna lebihan rich coklat td. Tuang perabih. Pastu sejuk bekukan puding.

Layer 7.

Setelah beku. Terbalikkan diatas bekas lain. Letak yogurt diatas nyer.

Makan siap le utk dimakan.


Untuk lebih mudah...sila bantuan video ini...ahakz...pas tu order kek gula hangus taw....

Saturday, August 9, 2008

RESEPI SIAKAP 3 RASA

Hah untuk orang2 separuh rajin boleh le try resepi ni. Why?..sebab kalau dah masak resepi ni tak yah masuk sayur..sebab dah pakej and..kalau beli ikan ni jangan lupa suruh siang dan buang sisik sekali..hah..jimat masa. Seperti biasa meh tenguk bahan-bahan nyer....
  • Ikan siakap
  • Cili kisar
  • Daun limau purut
  • Sos cili
  • Perencah tomyam
  • Secawan air asam jawa
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Bunga kobis
  • Cili bengala
  • Tomato Segar
  • Sedikit minyak masak
  • Secawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
Wokay..bahan - bahan dah ada..apa lagik..mulakan operasi anda. Sesuai untuk makan malam dan tengahari. Untuk makanan petang...kena makan kek gula hangus laa...ahakz...


Tuesday, August 5, 2008

Resepi Puding Jebat

Resepi puding jebat. Satu resepi mudah untuk dicuba. Sesuai untuk minum petang dan untuk para tetamu. Jangan sampai tetamu tidak mahu pulang..sudah lah. Dengan bantuan video, saya kira ia lebih mudah difahami dan di ikuti. Akhir kata....Cuba dulu..baru tahu..
Bahan2
  1. Agar2
  2. 3 sudu tepung kastard
  3. 2 cawan santan
  4. 1 cawan gula pasir
  5. 1 biji telur ayam
  6. 2 jenis pewarna ( cth : hijau n merah )
  7. 1/2 cawan milo
  8. Satu sudu teh nescafe
  9. Air..untuk masak agar2.
Cara membuatnyer..apa kata anda menonton saja video. Senang dan mudah faham..

Resepi Puding Mable

Ini satu lagi puding yang tak kurang sedapnyer. Kepada peminat puding, puding ni harus di cuba...boleh di beri kepada tetamu or family. Kepada yang bujang, dijamin tak susah nak sediakan. Boleh le pas kepada mak or ayah mertua. Dijamin..anda bakal menantu kesayangan. Mari lah cuba tapi sebelum tu, meh tenguk bahan2 nyer pas tu tenguk video utk cara2 membuatnya...layan...

  • Bahan wajib - satu kampit agar2
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • Satu tin susu cair
  • 5 biji kuning telur
  • 50 gram mentega...50 gram je..bukan 50kg
  • 80 gram tepung Hun Kwee ...leh di beli kedai runcit or pasar raya
  • Perasa vanila satu penutup
  • Air...tenguk video untuk sukatan nyer
  • Perasa coklat or milo
  • Perasa strawberi..jika suka saja...kalau tak letak pun tak pe
Wokay..pi cari bahan2 nyer dulu..pas tu teruskan dgn video....selamat Mencuba...Jangan lupa tempah kek gula hangus tu..ahakz..sedap tuuuu.

Resepi Puding Jagung

Puding ni paling senang nak buat. Kalau pejam mata..sure..tak kan buleh buat nyer. Tapi dari feedback..masih ramai lagik yang gagal membuatnya. Kenapa erk..resepi ni tiada apa2 keistimewaan yang saya sembunyi...agaknyer depa tu pejam mata kot...jom kita pakat tenguk bahan2 nya dulu.....
  • Seperti biasa - agar2 satu kampit
  • Satu tin susu cair
  • Dah nama puding jagung..satu tin jagung krim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula pasir
  • Air - lihat video untuk sukatan istimewa
Wokay itu aje bahan2 nyer...senang kan. Murah jugak rasa nyer. Dah ada bahan2 tu..sila lah tenguk video. Mudah sangat..pastu jangan lupa order kek gula hangus teman yop...pemisi dulu..

Tempahan dan Senarai Harga

TEMPAHAN

** Pembayaran boleh di buat dengan bank in melalui Perbankan internet dan di ATM machine ( maybank dan Public Bank ).

No Akaun Maybank : 1622 6322 4084 ( Maybank )
4 - 5644659 - 02 ( Public Bank )
Nama : Nor Lela Binti Nus
Handphone : 019 634 1552

Setelah pembayaran dibuat sila sms or call untuk info. Sila NYATA Kan Nama Penuh dan ALAMAT untuk urusan PENGHANTARAN.



Pembayaran ketika menerima barang juga dibenarkan untuk penghantaran percuma terhad kepada 3 biji kek or puding sahaja. Lebih daripada itu, deposit siperlukan sebagai tanda confirm.




1. Kek Gula Hangus ( bentuk Petak dan Bulat )
Berat : Lebih Kurang 2kg
Harga : RM25.00
Harga termasuk Pos : RM40.00
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

2.
Kek Pelangi
Berat : Lebih Kurang 1kg
Harga : RM15.00
Harga termasuk pos : RM27.00
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

3.
Kek Karot
Berat : Lebih Kurang 1kg
Harga : RM15.00
Harga termasuk pos : RM27.00
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

4.
Puding Mable
Berat : Lebih Kurang 1.6kg
Harga : RM17.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

5.
Puding Jagung ( Menggunakan Susu )
Harga : RM 15.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

6.
Puding TrioRasa ( ** klik nama produk untuk melihat produk )
Harga : RM 17.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

7.
Puding Kacang Merah ( Menggunakan Susu ) ( ** klik nama produk untuk melihat produk )
Harga : RM 17.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.

7. Puding Triffle ( ** klik nama produk untuk melihat produk )
Harga : RM 35.00
Harga termasuk pos : Tidak Di Pos
Penghantaran percuma ke sekitar Nilai, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Bandar baru Bangi dan Kajang.