Jumaat, 24 September 2010

Kek Gula Hangus Inspen 2

4 pcs Kek Gula Hangus ini adalah untuk pekerja2 di Inspen Bangi. Tempahan di buat pada 20hb Sept untuk delivery pada 24hb Sept. Seperti biasa asben lah yang menjadi budak penghantar cepat. Kalau banyak ni, asben akan hantar dengan kereta nya.

Harga : rm27.00 / pcs

Puding Triffle Hani

Puding triffle ni menjadi hak milik kekal si Hani daripada Nilai Impian. Tempahan di buat melalui SMS dan Hani ambil Puding Triffle ni dari rumah saya. Harap Hani berpuas hati dengan Puding Triffle tersebut.

Harga : RM50.00

Kek Gula Hangus Watie Uniten 2


Susulan dari post lepas, semalam Watie dari Uniten menempah 1 kek gula hangus dan 1 pc kek pelangi. Asben hantar dengan motor sebab nak elak jem. Sampai Uniten baru Asben teringat nak ambil gambar. Kepada yang hendak merasa Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi boleh lah singgah di kantin uniten, di bangunan teknologi maklumat.

Caramel Jagung Kak Nolie

Caramel Jagung ni tempahan daripada JIRAN sebelah rumah saya. Saya panggil Kak Nolie. Kak Nolie tempah untuk jamuan raya persatuan yang dia joint ( kalau tak salah ). Caramel ni ada jagung di masukkan ( jagung dalam tin ). Kelebihannya, kurang rasa telur...kepada mereka yang tidak suka bau or rasa telur.

Harga : RM20.00

Senarai Blog Saya