Sabtu, 29 Januari 2011

Kek Gula Hangus - En. Hairuddin

2pcs Kek Gula Hangus tempahan En. Hairuddin
En Hairuddin adalah bos tempat asben bekerja
Kek Gula Hangus ni adalah untuk mak sedaranya yang datang berkunjung
Terima Kasih kepada En Hairuddin yang sudi menempah dari GH

Jumaat, 28 Januari 2011

Apam Pelangi - Jiran

Apam Pelangi tempahan jiran
GH rasa ini tempahan ke 5
Terima kasih kepada Jiran
Semoga berpuas hati

Kek Pelangi - Sek Men Keb Sg Pelik

Kek Pelangi tempahan seorang murid India Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek
GH ucapkan terima kasih kepada murid tersebut
Tempahan di buat di koperasi sekolah tersebut
Wahhh...GH tak sangka kaum lain pun boleh terima kek ni
Bangganya GH...

Khamis, 27 Januari 2011

Resepi Puding Nenas dengan Bantuan Video...


Okay...seperti di janji...Resepi Puding Nenas buatan asben yang meletop dah siap
Boleh cuba try test
GH hanya leh cuba try test makan jerk
Sebab asben yg buat kan
Kita makan je lah
Senang membuatnya
Sila lah cuba

Nak tempah Kek pun lagik boleh...heh...heh....heh

Isnin, 24 Januari 2011

Puding Nenas...

Puding Nenas...asben yang buat.
GH suruh asben buatkan resepinya tapi asben kata nanti dulu
Sebab yang ni trial jerk
GH rasa sedap puding ni
Tak sabar plak nak suruh asben buat lagik
Tapi nampak gaya dia bz memanjang...so terpaksa tunggu dulu
Maybe asben nak videokan sekali jika dia buat kali ke 2
Emm,,,tak sabar plak....

Ahad, 23 Januari 2011

Kek Gula Hangus - Rohana

Kek Gula hangus Rohana dari Kuantan...
Kawan asben GH masa sekolah dulu...
Oleh kerna si Rohana ni peminat Kek Gula Hangus...
So dia selalu lah order...
Namun si Rohana ni tak leh bau telur...
So terpaksa lah GH masukkan lebih esen vanilla...
Tapi si Rohana kata masih lagik bau telur...
Emm...mcm ne erk...ada sesape leh tolong GH...
Untuk kurangkan bau telur...??

Isnin, 17 Januari 2011

Apam Pelangi - Jiran

Ahad lepas jiran GH order Apam Pelangi
Mulanya order 1pc jerk
Lepas GH hantar Apam ke rumah jiran
Makcik aka Jiran GH call sekali lagik
Nak nambah 2pcs lagi
Cucunya suka..katanya
Alhamdulliah...ada juga peminat Apam Pelangi GH

Ni tambahan 2pcs Apam Pelangi tu
Terima kasih kepada jiran GH
GH panggil makcik jerk...nama tak tahu..maaf...

Kek Pelangi - Kak Idah

Kek Pelangi yang di order oleh Kak Idah sabtu lepas
4pcs Kek pelangi ni dihantau oleh asben morning2
Sebab kak idah nak sebelum jam 6.30am
Apapun terima kasih kepada Kak Idah.


Isnin, 10 Januari 2011

Dadih

Dadih ni untuk jualan di Koperasi SMKSP
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek
Dadih coklat sedap & lazat
Mengunakan bahan2 bermutu sahaja
dan terpilih

Kek Gula Hangus & Puding Mable - SMKSP

Kek Pelangi

Puding Mable

Kek Pelangi & Puding Mable tempahan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek.
Tempahan ini dibuat melalui Koperasi Sekolah Tersebut.
Terima Kasih kepada guru yang menempah.

Sabtu, 8 Januari 2011

Kek Coklat - Kak Nolie

Hari ni deliver Kek Coklat 2pcs
Tak jauh...sebelah rumah je
2pcs Kek Coklat ni hak milik Kak Nolie
Jiran GH sejak 2007
Terima Kasih kepada Kak Nolie


Jumaat, 7 Januari 2011

Kek Gula Hangus - SMKSP

Kek Gula Hangus tempahan dari seorang guru di Sek Men Keb Sungai Pelek.
Tempahan di buat melalui Koperasi sekolat tersebut.
GH akan membekalkan Kek untuk koperasi sekolah ini jika ada tempahan dari Guru2 or Murid2 or Kakitangan.
Terima kasih kepada guru yang menempah.

Isnin, 3 Januari 2011

Apam Pelangi Dalam Bekas Plastik...

Saiz L 190mm x P 190mm
T 90mm

Rasa sedap n gebu

Sesuai untuk minum petang n meraikan tetamu

Keratan rentas...

Kek Gula Hangus - Watie BSP

Kek Gula Hangus tempahan Watie daripada BSP ( Bdr Seri Putra, Kajang )
Kek ini akan dihantar pada pukul 7am ~ 8am
Terima kasih pada Watie atas tempahan Kek Gula Hangus ini...

Senarai Blog Saya