Isnin, 4 Oktober 2010

Puding Mangga


Puding Mangga ni saya cuba buat ikut resepi dalam majalah Rasa. Selalunya asben yang suka try resepi2 Puding ni sebab asben suka sangat videokan. Tapi kali ini saya nak try buat sendiri. Kebetulan ada beli mangga kat Pasar Malam Putrajaya. Semasa asben balik kerja suruh dia rasa. Memang dah agak dia mesti komplen, katanya MANGGA yang di beli kat pasar malam tu tak sesuai untuk buat puding. Emmm..patut le rasanya lain macam. Mangga nya tak tahu lah namanya tetapi kulitnya hijau walaupun dah masak.

Ini le buku Rasa yang asben beli....asben beli sebab ada banyak resepi puding sebab dia hantu puding...

Kek Gula Hangus Watie

Kek Gula Hangus ni tempahan regular customer yang juga dari Bandar Seri Putra. Tempahan pada hari yang sama dengan Madihah. Penghantaran nya pun sama. Terima Kasih kepada Watie yang sentiasa menempah Kek Gula Hangus saya.

Puding Jagung Madihah

Puding Jagung 2 bekas ini order dari Madihah dari Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Terima kasih kepada Madihah yang menempah puding ini untuk Jamuan Raya di rumahnya. Minta maaf tidak dapat hadir kerana terlibat dengan komitmen lain.

Kek Gula Hangus & Puding Kacang Merah Kak Ummi

Kek Gula Hangus dan Puding Kacang Merah tempahan Kak Ummi dari seksyen 5 Bandar Seri Putra. Tempahan pada sabtu lepas untuk jamuan raya untuk anak kak ummi. Saya dan asben hantar pada pukul 9am. Terima kasih kepada Kak Ummi.

Senarai Blog Saya