Sabtu, 14 Julai 2012

Resepi Puding Cendol Berkuah Gula Melaka.


 Resepi Puding Cendol Dan Kuah Gula Melaka.

Bahan-bahan Puding.
500ml Santan kotak KARA.
200gram Cendol.
20gram Serbuk agar2.
1 cawan gula
1300ml air atau 61/2 cawan air.
1 sudu kecil garam.

Bahan-bahan kuah gula Melaka.
400gram gula melaka
200ml air atau 1 cawan ( bergantung kepada kepekatan dan kemanisan yg anda maw )


Cara Membuat Puding.
Masak air, gula dan serbuk agar2 sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan cendol yang telah di basuh.
Tunggu mendidih sekali lagi.
Jika sudah mendidih, tutup api.
Tunggu sehingga wap panas hilang.
Masukkan santan kotak dan garam.
Santan kotak KARA sudah dinyah kuman so jangan risau.
Kacau sehingga sebati.
Masuk acuan dan sejukkan.
Dah sejuk masukkan dalam peti ais.


Cara membuat kuah.
Pecah2 kan gula melaka atau potong kecil.
Masukkan air dalam periuk dan gula melaka.
Masak sehingga pekat dan semua gula melaka cair.
Jika terasa sangat pekat atau manis...sila masukkan air sikit demi sikit.
Selesai masak.
Sila tapi kuah tersebut.

Sekian.

Resepi ini dibuat khas oleh My Asben : http://jebateja.blogspot.com aka Azizan Jebateja ( FaceBook )

Kek Gula Hangus - RINI


Assalammualaikum.
Kek Gula Hangus order by RINI.
Rini ni tinggal di Saujana Impian.
Kerja di Shah Alam.
Tapi kami berjumpa di UNITEN Bangi.
Di sana Kek Gula HAngus ni bertukar tangan.
Terima kasih RINI

Harga RM28.00

Tempahan 019 634 1552 Pn LELA

Senarai Blog Saya