Jumaat, 26 November 2010

Kek Gula Hangus - Izwa

Kek Gula Hangus tempahan Izwa daripada bdr Baru Bangi
Sama dengan Inspec, asben hantar kek pada awal pagi.
Terima kasih kepada Izwa diatas tempahan beliau.

Kek Gula Hangus - Inspec

Kek Gula Hangus untuk kakitangan Inspec.
Kek ni asben hantar ke Inspec pada awal pagi kerana asben kerja pagi takut lambat masuk kerja katanya...

Khamis, 25 November 2010

Kek Gula Hangus - Shima


Kek Gula Hangus tempahan Shima yang berada di KL
Penghantaran untuk Shima kami lakukan di Taman Peringatan Nilai, Di lebuhraya Kl - johor
Ketika itu Shima maw balik ke Melaka...
Jadi Kek2 ini untuk orang Melaka lah

Selasa, 23 November 2010

Kek Gula Hangus - Sabri

Kek Gula Hangus tempahan En Sabri daripada Bdr Baru Bangi, Kajang, Selangor.
Terima Kasih En Sabri.

Rabu, 17 November 2010

Puding Mable - ItaIn

Tempahan puding marble dari Ita. yang ini mungkin kali ke 4 Ita order Puding. alhamdulillah puding GH diterima ramai. terima kasih juga pada Ita

Kek Pelangi - Kak Idah

Pelanggan GH yang boleh dikatakan kerap mengorder kek dari GH. Kak Idah...kali ni kek pelangi di hantar pada waktu petang biarpun selalunya dihantar pagi, Ini adalah atas permintaan kak idah jugak. Terima Kasih Kak Idah.

Selasa, 16 November 2010

Kek Gula Hangus - Inspen

Kakitangan Inspen ada order 2 pcs kek gula hangus tapi GH lupa sangat2 untuk ambil gambar. Al maklum terlampau sibuk untuk menyiapkan tempahan kek. Apa pun terima kasih kepada mereka yang order kek gula hangus dari GH.

Puding Jagung & Mable - Suhaida

Puding Jagung dan Puding Mable tempahan Suhaida dari Putrajaya. Asben dan GH hantar pukul 9.30 pagi. Seronok juga jalan pagi2 ke Putrajaya...tenang n damai. Lawa permandangannya. Apa pun terima kasih kepada Suhaida.

Tempahan Kek - Anggota Polis

Tempahan kali ke 3 oleh anggota2 polis brickfield. Kali ni banyak tempahannya dan dihantar pada 5.30am... Antara tempahannya :
  • 7pcs Kek Pelangi
  • 30pcs muffin
  • 1pc kek Gula Hangus
  • 2pcs Kek Coklat
Emmm..nampak gaya asben GH kena tukar lori...

Isnin, 15 November 2010

Kek Pelangi & Kek Gula Hangus - Kak Iza

Kak Iza dari Puchong order Kek Gula Hangus 2pcs dan Kek Pelangi 2pcs. GH lupa plak nak ambil gambar Kek Pelangi yang sedikit lain warnanya atas permintaan Kak Iza. Kak Iza minta kek pelangi tempahan nya hanya ada warna krim dan coklat sahaja. GH telah menunaikan tetapi terlupa plak nak ambil gambar. Apa pun terima kasih kepada Kak Iza.

Kek Gula Hangus & Muffin Coklat - GHAN

Muffin Coklat dan Kek Gula Hangus ni adalah tempahan daripada adik ipar GH yang menjadi cikgu di SMKSP. Adik ipar ni tukang ambil order bagi pihak koperasi sekolahnya. Duit keuntungan di beri kepada koperasi sekolah. Bg pihak tentu sekali mengalu-alukan tempahan dari mereka. Terima kasih buat Ghan...

Kek Gula Hangus - Uniten

Kek Gula Hangus untuk tokeh kantin Uniten. Tempahan ini katanya untuk satu mesyuarat untuk staf Uniten. Asben yg kebetulannya cuti telah pergi menghantaunya.

Ahad, 14 November 2010

Kek Pelangi - Cikgu Sek Men Keb Sg Pelik

Kek Pelangi tempahan seorang cikguu daripada SMKSP ( Sekolah Kebangsaan Sungai Pelik ). Maaf sebab lupa plak tanya nama cikgu tu. Tempahan melalui adik ipar atas nama Koperasi Sekolah SMKSP. Terima kasih diatas tempahan cikgu.

Kek Pelangi - Polis Brickfield 2

Kek Pelangi sebanyak 4pcs ni adalah order kedua di kalangan anggota polis Brickfield melalui adik GH. Alhamdulillah mereka nampaknya berpuashati dengan rasa Kek Pelangi ini. Tak menang tangan jugak GH membuatnya sebab kek ini sepatutnya dihantar pada 15hb...tiba2 ditukar penghantarannya ke 14hb nov...terpaksa minta bantuan asben schedule kan balik jadual penghantaran. Apa pun terima kasih kepada yang mengORDER.

Sabtu, 13 November 2010

Kek Gula Hangus - Mas 3

Kek Gula Hangus tempahan Mas dari Bdr Impian Putra. Kek Gula Hangus tempahan dari semalam untuk penghantaran hari ini. GH dan Asben hantar selepas Maghrib td. Ia adalah permintaan Mas. GH risau jugak sebab selepas Maghib tu pukul berapa takut2 si Mas nak balik kampung. Alhamdulillah Mas ada di rumah dan Kek Gula Hangus ni di sambut oleh Asben Mas.

Kek Pelangi & Muffin - Polis Brickfield

Kek Pelangi sebanyak 6pcs hasil tempahan akak akak polis di Balai Polis Brickfield. Tapi GH tak hantar ke Balai Polis tu. Hanya hantar ke rumah adik yang bertempat di Sungai Besi.

Kek2 dengan hadiah percuma : Biskut Mazola

Muffin ni untuk TRIAL di brickfield.

Sabtu, 6 November 2010

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Kak Edah

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi tempahan daripada Kak Edah di Seksyen 4, Bdr Baru Bangi, Selangor. Kak Edah ni memang dah selalu menempah dari GH ( Gula Hangus ). Kek2 ni di hantau sebelum pukul 6.30am kerana Kak Edah ni ada kedai makan jadi kena le pi awal2 so Asben GH pun kena lah bangun awal2 dan awal2 pi hantau ke rumah Kak Edah. Terima Kasih kepada Kak Edah diatas tempahan beliau.

Di gambar terdapat Biskut Mazolla yang diberi oleh GH sempena PROMOSI AidikAdha. Itu bukan stock AidilFitri tau...GH buat khas untuk promosi Aidikadha dengan kata lain itu biskut Fresh. Biskut untuk raya Aidilfitri dah habis asben bawak ke kilang.

Harga Kek Pelangi : RM18.00 ( lebih kurang 1kg )
Harga Kek Pelangi : RM27.00 ( lebih kurang 2kg )

Untuk senarai harga PENUH : KLIK SINI

Khamis, 4 November 2010

Kek Gula Hangus - Wani

Wani dari Putrajaya adalah pelanggan baru GH. Wani tempah kek untuk penghantaran hari ini ke Putrajaya. Alang2 asben dah kerja malam maka dengan senang hati asben menghantarnya. Alang2 juga ke putrajaya boleh lah GH shopping sket kat sana. Apa pun terima kasih kepada Wani.

Promosi AidilAdha 2010

PROMOSI AIDILADHA 2010**

Percuma Biskut Mazolla HomeMade

dengan SETIAP

Pembelian KEK GULA HANGUS dan KEK PELANGI

Tempoh Sah Promosi
04hb Nov ~ 17hb Nov 2010

** Tidak sah untuk harga PEMBORONG

Selasa, 2 November 2010

Kek Gula Hangus - Inspen

Dah masuk bulan baru nampaknya...Order terbaru dan paling awal di bulan ini ialah dari Inspen. order dari Inspen ni mmg sudap acap kali diterima dan GH sangat2 berterima kasih diatas kepercayaan mereka mengorder Kek Gula Hangus ini. Semoga GH dapat terus memberi yang TERBAIK.

Isnin, 1 November 2010

PROMOSI 10 Hari TAMAT

Merujuk kepada Iklan GH pada 22hb Oktober 2010, maka dengan ini GH ingin memberitahu bahawa Promosi 10 hari telah pun tamat pada hari semalam ( 31hb Okt 2010 ). Walaubagaimana pun GH dan Asben sedang merancang satu lagi PROMOSI pada bulan NOVEMBER ini. Tentu sekali PROMOSI November nanti berkaitan dengan Hari Raya Haji yang bakal disambut pada pertengahan bulan ini. Apa pun GH mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan2 sama ada yang baru...mahu pun yang lama diatas sokongan anda sekalian. Terima Kasih.....

Senarai Blog Saya