Ahad, 31 Oktober 2010

Kek Pelangi - Watie BSP 2

Tempahan kek pelangi dari pelanggan setia GH ( Gula Hangus ) iaitu Watie Bdr Seri Putra ( BSP ). Terima kasih kepada Watie BSP kerna terus menjadi pelanggan setia GH.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Kek Gula Hangus - Megat Rashid

Kek Gula Hangus order dari rakan suami di kilang iaitu En. Megat Rashid. Megat order pada malam 29hb Okt lalu dan maw kek sebelum 1pm 30hb Okt. Sudah menjadi tradisi, kami tidak akan meyimpan stock dan hanya akan membuat Kek Gula Hangus apabila ditempah. Ia sebagai usaha mengekalkan kualiti dan kesegaran kek. Terima kasih kepada En. Megat Rashid.

Kek Blueberi

Pertama kali buat Kek Blueberi. Ikut buku jer. Asben cukup suka sebab terdapat Blueberi dan Jem anggur hitam. Keknya kurang manis tetapi dengan adanya blueberi dan jem anggur...rasanya cukup manis. Alhamdulillah semua suka...asben bawak gi kilang...2 minit habis.

Kek Gula Hangus - Pn Nazlin

2 kotak Kek Gula Hangus untuk Puan Nazlin dari Bdr Seri Putra. bersebelahan sahaja di taman saya. Kek ini ditempah pada tarikh 291010...penghantaran dilakukan pada pukul 4pm. Terima kasih kepada Pn Nazlin diatas tempahan beliau.

Khamis, 28 Oktober 2010

Kek Gula Hangus INSPEN 4

3pcs Kek Gula Hangus untuk kaki tangan INSPEN. Order pada 2 hari lepas dan dihantar pada hari ini. Terima kasih kepada kakitangan inspen yang order Kek Gula Hangus ini.

Harga : RM27.00/pcs

Isnin, 25 Oktober 2010

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten 3

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi order daro Tokeh Kantin Uniten iaitu Puan Watie. Terima kasih daun keladi. setiap minggu Puan Watie akan order sebab dia tokeh kantin di Uniten....Tq sekali lagik...

Sabtu, 23 Oktober 2010

Resepi Puding Peach Nenas dgn VIDEO




Resepi Puding Peach Nenas yang divideokan asben.
Puding ni sedap sebab rasa nenas dan peach bila berada dalam mulut...sungguh nikmat.
Terdapat juga rasa ros yang menambah rasa Puding ni.
Asben buat pertama kali dan terus dia videokan.
Saya tukang makan saja...

Ini gambar selepas keluarkan dari acuan.

Keratan rentas selepas dipotong.

Kek Gula Hangus - Norzihan

Kek Gula Hangus tempahan dari Norzihan Bdr Enstek. Tempahan kali ini untuk dibawa ke rumah mertuanya yang berlangsung majlis cukur jambul anak buahnya. Sementara satu lagik kek gula hangus adalah untuk jirannya yang membuat kenduri arwah. Semasa saya dan asben pergi menghantar kek2 ini, jiran sedang sibuk memasak untuk kenduri tersebut. Apa pun terima kasih kepada Norzihan diatas tempahan kek tersebut.

Kek Gula Hangus - Mas 2

Kek Gula Hangus untuk Mas dari Taman Impian Putra, Kajang, Selangor. Ini ialah tempahan kedua Mas. Tempahan kali ini kata nya adalah untuk kenduri sempena keberangkatan orang tuanya ke Mekah. Kami di Gula Hangus mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada orang tua Mas dan semoga mendapat Haji yang Mabrur. Terima kasih kepada Mas diatas tempahan ini.

Sempena Promosi 10 Hari...Mas layak mendapatkan Puding Jagung secara PERCUMA bernilai RM17.00 diatas tempahan Kek Gula Hangus melebihi 4pcs.

Jumaat, 22 Oktober 2010

PROMOSI 10 Hari : 22hb ~ 31hb Oktober 2010

PROMOSI 10 HARI**
22hb - 31hb Oktober 2010

Beli 4 pcs Kek Gula Hangus atau 4 pcs Kek Pelangi/Oren...

Percuma 1 bekas Puding Jagung bernilai RM17.00.

Promosi ini hanya berjalan 10 hari sahaja...seperti tarikh diatas.

** Tidak sah untuk pekedai2 atau pembeli yg membeli dgn harga borong

Kek Pelangi & Kek Gula Hangus - Suzana



5 Kek Gula Hangus & 5 Kek Pelangi ini adalah tempahan daripada Biras saya sempena hari pernikahan adiknya di Labu...Kek2 ini di hantau pada hari Jumaat atas permintaan beliau. Majlisnya pada Sabtu ni 23hb okt. 2010. Terima kasih kepada Suzana atas tempahan kek ini.

Ini ialah Puding Percuma sempena PROMOSI 10 hari...
2 pcs PUDING JAGUNG...

Rabu, 20 Oktober 2010

Kek Pelangi - Watie BSP


Kek Pelangi - Order oleh Watie BSP ( Bdr Seri Putra ). Kek untuk di hantar ke sekolah anaknya. Terima kasih kepada Watie kerna terus mengorder dari saya.

Harga : RM18.00 ( Lebih kurang 1kg )

Selasa, 19 Oktober 2010

Kek Gula Hangus INSPEN 3

Kek Gula Hangus order dari Inspen...seperti telah di beritahu Inspen ni bukan nama orang tetapi nama salah satu organisasi kerajaan....errr...singkatan dari Institut Penilaian Negara....apa pun terima kasih pada Puan Inspen tu...( lupa tanya nama ). Ini order kali ke 3 sejak puasa yang lepas. Terima Kasih sekali lagik...

Isnin, 18 Oktober 2010

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi ni hak milik kekal Watie si tokeh Kantin di Uniten...dan tugas kekal untuk menghantaunya plak...sudah tentunya my asben...pepagi buta asben dah prepair nak gi hantau...dia keja malam tadi...pulang awal lepas mandi ...solat subuh, terus bersiap gi hantau kek. Kek - kek ni pulak pukul 12.30am waktu Malaysia baru siap...mmg lewat siapnya sebab kami tidak simpan stock...kalau pelanggan order...baru buat. Kalau buat awal2 terjejas plak kualitinya...apa pun terima kasih Watie....

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi Smkkp...

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi ni milik seorang cikgu dari SMK Sungai Pelik. Oleh kerana beliau order melalui adik ipar maka terlupa pula nak menanyakan siapa empunya kek-kek ini. Walaubagaimana pun, terima kasih di ucapkan kepada beliau.

Rabu, 13 Oktober 2010

Resepi Puding Cendol Gula Melaka - Video


Seperti mana yang diberitahu dahulu..asben sedang buat satu resepi barunya yang dia mahu videokan....akhirnya siap lah sudah...sedap sungguh puding ini...


Ini lah videonya...sila lah try cuba test...

Terima kasih kepada Asben..

Tempahan Kek Gula Hangus. Kek Pelangi, Kek Oren dan beberapa jenis Puding terus di buka...

Isnin, 11 Oktober 2010

SMS from FIZA...

SMS daripada Fiza di Puchong...terima kasih Fiza kerana sudi beri feedback positif ni. Terasa kembang plak...he...he...he...moga saya terus dapat menjual produk berkualiti...errr...asben saya bahagian kualiti di kilang....dia kalau nampak ada yg tak kena...siap lah...berleter sehari suntuk...tapi ok lah....untuk kebaikan saya jugak agar dapat memberi produk yg baik untuk pelanggan saya. Apa pun terima kasih Fiza...

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi - Uniten


Kek Pelangi dan Kek Gula Hangus yang di tempah oleh Watie di Kantin UNITEN. Oleh kerana asben ari ni cuti maka se awal mungkin asben pergi mengantar ke Uniten. Kira support customer jugak lah, al maklum customer si watie ni pun may be pepagi ni nak bersarapan...ada kek-kek ni, byk jugak pilihan yang mereka ada selain dengan kuih-muih lain. Kali ni watie tempah 4 kek pelangi dan 3 kek gula hangus.

Harga :
1pc Kek Gula Hangus - RM27/ 2kg
1pc Kek Pelangi - RM18/ 1kg

Ahad, 10 Oktober 2010

Kek Gula Hangus - Mak Long

Kek Gula Hangus ni tak dijual...ia adalah untuk Mak Long asben yang berada di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Kami sekeluarga beraya ke rumahnya pada sabtu lepas. Terima kasih kepada Mak long yang sudi masak untuk makan tengahari. Sedap udang masak lemak tu...

Sabtu, 9 Oktober 2010

Kek Gula Hangus dan Puding - Fiza



Customer dari Puchong iaitu Puan Fiza order 2pcs Kek Gula Hangus, 2 Puding Mable dan 1pc Puding Jagung. Penghantaran di lakukan di Bdr Baru Bangi dan kebetulan asben kerja berdekatan dengan tempat penghantaran maka senang lah sket. Apa pun terima kasih buat Fiza dan Asben nya.

Kek Pelangi - Kak Idah

Kek Pelangi tempahan oleh Kak Idah di Fasa 4, Bandar Baru Bangi. Kek Pelangi ni Kak Idah nak pada pagi 8hb Okt. Balik dari kerja, asben terus pi hantar ( asben keja malam ). Asben hantar dengan motorsikal powernya ( asben yg cakap ) sebab untuk elak jalan jem yg teruk. Terima Kasih buat Kak Idah.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Kek Gula Hangus - Khairiah Mahayu

Kek Gula Hangus untuk Khairiah Mahayu, seorang Cikgu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelik. Khabarnya Cikgu Khairiah order Kek Gula Hangus ni untuk open house rumahnya. Terima Kasih kepada Cikgu Khairiah.

Harga : RM27.00 ( 2 kilo - lebih kurang )

Rabu, 6 Oktober 2010

Puding Cendol Gula Melaka

Baru2 ni asben ringan tulang untuk buat satu resepi baru. Nama nya kalau ikut buku RASA keluaran Oktober ialah Puding Cendol Gula Melaka. Buat pertama kali ni asben buat ikut seperti mana dalam buku RASA tu. Now asben merancang akan membuat kali ke-2 sekaligus mengVIDEOkan untuk diupload ke youtube namun resepi kedua nanti akan diadjust sedikit ikut kesesuaian. IsyaAllah, selepas asben selesaikan semua, resepinya akan dipaparkan kedalam BLOG GULA HANGUS ini.

Keratan Rentas Puding Cendol Gula Melaka

Kek Pelangi - Uniten

Pada 05 10 2010 Watie si Tokeh Kantin di Uniten repeat order Kek Pelangi. Asben awal2 pagi pergi buat delivery. Oleh kerana asben kerja malam so tiada masalah untuk penghantaran. Kalau kerja pagi may be asben akan hantar awal sket. Apa pun terima kasih kepada watie.

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Terima Kasih kepada Watie yang menjadi tokeh kantin di Uniten di atas order kek gula hangus dan kek pelangi. Semoga beliau dan customer beliau menyukainya. Tarikh penghantaran : 04 10 2010

Isnin, 4 Oktober 2010

Puding Mangga


Puding Mangga ni saya cuba buat ikut resepi dalam majalah Rasa. Selalunya asben yang suka try resepi2 Puding ni sebab asben suka sangat videokan. Tapi kali ini saya nak try buat sendiri. Kebetulan ada beli mangga kat Pasar Malam Putrajaya. Semasa asben balik kerja suruh dia rasa. Memang dah agak dia mesti komplen, katanya MANGGA yang di beli kat pasar malam tu tak sesuai untuk buat puding. Emmm..patut le rasanya lain macam. Mangga nya tak tahu lah namanya tetapi kulitnya hijau walaupun dah masak.

Ini le buku Rasa yang asben beli....asben beli sebab ada banyak resepi puding sebab dia hantu puding...

Kek Gula Hangus Watie

Kek Gula Hangus ni tempahan regular customer yang juga dari Bandar Seri Putra. Tempahan pada hari yang sama dengan Madihah. Penghantaran nya pun sama. Terima Kasih kepada Watie yang sentiasa menempah Kek Gula Hangus saya.

Puding Jagung Madihah

Puding Jagung 2 bekas ini order dari Madihah dari Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Terima kasih kepada Madihah yang menempah puding ini untuk Jamuan Raya di rumahnya. Minta maaf tidak dapat hadir kerana terlibat dengan komitmen lain.

Kek Gula Hangus & Puding Kacang Merah Kak Ummi

Kek Gula Hangus dan Puding Kacang Merah tempahan Kak Ummi dari seksyen 5 Bandar Seri Putra. Tempahan pada sabtu lepas untuk jamuan raya untuk anak kak ummi. Saya dan asben hantar pada pukul 9am. Terima kasih kepada Kak Ummi.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kek Oren Nabila

Kek Oren untuk Nabila di Bandar Baru Bangi. Kek di Order untuk open house. Saya dan asben terus pergi hantar sebaik saja solat maghrib. Terima Kasih untuk Nabila.

Senarai Blog Saya