Isnin, 30 Ogos 2010

Biskut Laila


Biskut ni sebenarnya bernama biskut HATI. Itu lah yang diberi oleh si buku resepi. Oleh kerana saya tidak mengunakan acuan berbentuk hati maka saya tukarkan aje namanya. Kalau guna nama biskut HATI tapi tak berbentuk hati...nampak pelik plak. So saya nama kan biskut LAILA...ok kan..???

Kuih Goyang

Apa nama kuih ni erk...betul ke kuih goyang. Kuih ni saya buat pagi semalam. Macam warm up lah sebelum memulakan kerja2 dapur yang lain. Acuan nya saya beli di Nilai 3. Awal prosesnya asyik melekat je...hairan plak saya. Al Maklum pertama kali buat....selepas beberapa lama baru ok. Bunga dia pun tak berapa cantik.

Kek Mable dan Orange

Kek Pelangi aka Mable dan Kek Oren ni ditempah oleh seorang akak di Seksyen 4 ( Fasa 4 ) Bandar Baru Bangi. Alaaa akak yang saya tidak tahu nama tu. Bercerita pasal Kek Pelangi tu, Akak tu mahu saya letak perasa dan pewarna coklat sahaja. Emmm..dah bukan macam Kek Pelangi lah pulak tapi cara bancuhan nya masih sama....saya panggil Kek Pelangi Perasa Coklat. Harga Kek - RM18/pcs

Senarai Blog Saya