Rabu, 8 September 2010

Kek Coklat Tuan Amir

Kek Coklat...Hak Milik Kekal Tuan Amir yang berada di Sungai Ramal Luar, Kajang, Selangor. Tempat Leftenan Adnan yang terkenal tu. Tetapi Tuan Amir bukan lah berasal dari sana. Beliau berasal dari Kelantan. Terima kasih Tuan Amir diatas tempahan Kek Coklat ini.

Harga : RM35.00

Kek Gula Hangus En Shahrol

Kek ini kepunyaan En Shahrol yang bekerja sama dengan asben. Nampak gaya asben terpaksa menghantar ke Kilangnya biarpun asben telah pun bercuti raya. Terima Kasih En. Shahrol

Harga :
Kek Gula Hangus : RM27.00
Kek Pelangi : RM18.00

Kek Gula Hangus NAHRIM 2

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi ini di order oleh Cleaner di Nahrim. Saya pernah mencerita perihal Nahrim pada post yang lepas. Kek2 ini di hantar oleh Asben selepas ke Putrajaya.

Harga:

Kek Gula Hangus : RM27.00
Kek Pelangi : RM18.00

Kek Gula Hangus Ros 2

Kek Gula Hangus untuk Ros. Ini adalah yang ketiga. Sebelum ini kek gula hangus ini di minta oleh Ros untuk di Pos ke Penang. Pada 6hb Pos dengan pos laju, semalam pada 7hb ibu Ros ada menelefon saya mengatakan Kek dah sampai. Kek kali ini untuk Ros sendiri yg berada di Putrajaya. Terima kasih Ros kerana repeat order.

Harga : RM27.00

Kek Gula Hangus Inspen

Kek Gula Hangus untuk warga kerja Inspen ( Institut Penilaian Negara ). Kek sebanyak 3 pcs di order oleh seorang tetapi dibayar untuk 3 org...maksudnya wakil seorang sahaja yang order. Kek ini di hantar sebelum hantar Kek ke Putrajaya...sekali harung jalan....kata Asben.

Harga 3pcs : Rm81.00

Kek Gula Hangus Amran

Kek Gula Hangus untuk En. Amran di Sungai Merab, Kajang, Selangor. Mulanya asben rancang untuk hantar sekali dengan customer di Putrajaya...last minit asben hantau Kek ini terus ke tempat kerja En. Amran. Terima kasih En. Amran dan Selamat Hari Raya...

Harga : RM27.00

Kek Gula Hangus Halimah

Kek Gula Hangus untuk Halimah, My Asben tolong hantar ke Tesco Kajang. Sebenarnya asben sangat khuatir untuk ke sana sebab dia tak pernah pergi Tesco Kajang sendirian...selalunya adik saya yang bawa...so asben tak hafal jalan ke sana...namun dunia serba canggih ni tiada alasan plak untuk kata TIDAK...dengan bantuan GOOGLE EARTH...asben pergi dengan senang hati....lepas ni leh bawak wife dia ni bershopping ke sana pulak. Apa pun terima kasih kepada Halimah yang sudi order Kek Gula Hangus ni. Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Harga : RM27.00

Senarai Blog Saya