Wednesday, January 25, 2012

Resepi Bergambar : Puding Cendol Kacang Merah

Ini namanya Puding Cendol Kacang Merah.
Sedap dimakan sewaktu sejuk.
Di buat oleh ASBEN GH.
ASBEN mmg suka bab PUDING2 ni.

Nak try buat...?

Bahan :-
200ml Santan KARA
4 Cawan Air ( 800ml )
1 Cawan Gula
200gram or Sebungkus Cendol.
1 Sudu Kecil Garam.
10 gram Serbuk Agar2.

Masak Serbuk Agar2, Air dan Gula.
Sehingga semuanya hancur dan mendidih.

Masukkan Cendol dan tunggu mendidih.
Tak perlu terlampau mendidih.

Masukkan Santan Kara.
Santan kotak dah ada ANTI Bakteria kan.
So tak perlu mendidih.
Nanti pecah santan tak lawa plak.

Pastu masukkan GARAM.
Kacau.
Tak perlu mendidih.
Berasap cukup lah.

Masukkan dalam loyang.
Sejukkan dan tunggu sampai beku.
Selepas beku lubang2kan permukaan dan carik2 kan.
Pastu kita buat satu lagik lapisan.

Bahan2 Kacang Merah.
3 Cawan Air ( 600ml )
2 cawan susu ( 400 ml )
1 tin kacang merah.
1 cawan gula
10 gram serbuk agar2.
1 sudu kecil garam.
Sedikit pewarna merah.



Masak Air, Gula dan Serbuk Agar2.
Sehinga mendidih.


Sementara tu. Blender kacang merah.
jangan hancuq sangat.

Masa serbuk agar2 dah mendidih.
Masukkan kacang merah yang dah blender tadi.
biarkan sekejap.
Matikan api.

Masukkan susu segar.
Kacau sebati.
( Tak kisah masukkan sewaktu panas2 )

Masukkan garam.
Kacau.

masukkan pewarna merah.
ikut suka.
kalau nak merah sangat.
Letak banyak2 lah merah tu.

Tuang dalam acuan bancuhan cendol tadi.

Sejuk dan tunggu beku sendiri.
Masuk peti ais pun ok.
Tapi jangan masa panas2.
Biar suam dulu.

Ini Hasilnya.
Dari pandangan atas.

Keratan rentas.

Selamat mencuba.

My Blog List