Ahad, 17 Mei 2009

Kek Gula Hangus...Empat Segi

Permintaan daripada sorang customer untuk buatkan Kek Gula Hangus untuk nyer dalam bentuk 4 segi. Pagi tadi cari kat Nilai 3, loyang empat segi...pastu balik rumah terus buat. Alhaamdulillah berjaya...takut jugak kalau2 melimpah. Nampaknya lepas ni customer ada pilihan untuk order...4 segi or bulat?

Sabtu, 16 Mei 2009

Kek Carot...




Ini adalah Kek Carot yang baru sahaja dimasak. Seorang customer dari Mantin kebetulan menempah Kek Gula Hangus dan Puding Mable menjadi hakim untuk Kek Karot ni. Setakat ini belum lagik menerima apa-apa komen daripada beliau. Harap kiranya dia dapat memberi komen beliau..tak kira lah positif or negatif.

Jumaat, 15 Mei 2009

Kek Coklat


Kek coklat yang di Order oleh seorang pelanggan. Alhamdulillah mendapat pujian. Tak lama lagik kami akan membukanya untuk jualan secara rasmi. Buat masa ini kami sedang mengkaji cara untuk packing. Pelanggan yang order baru2 ni tinggal berdekatan rumah so senang nak hantau ke rumahnya.

Ahad, 10 Mei 2009

Jual puding....


Jual puding..? Sesuatu yang tak pernah terpikir pun. Ingatkan ia sekadar hobi dan di videokan untuk kongsi resepi mudah. Namun sejak 2 3 bulan ni...ramai plak yg order puding. Kaget gak...sebab tak pernah terpikir nak jual. Tak pernah kira berapa kos nyer. Berapa plak nak jual? Macam mana plak nak packing. Masa mula2 jual dulu Puding mable( seperti dalam gambar atas)...tak sempat nak pikir cara packing...bagi je loyang. Minta pula si pelanggan pulangkan balik loyang. Uhukz. sib baik pelanggan tinggal dekat dan tak kisah nak pulangkan loyang.

( Puding Mable )

( Puding Jagung )

Now...kita rasa...alang2 dah ada pembeli puding..maka baik jual je. Harga RM15 untuk puding seberat 1.6kg ~ 1.7kg. Bekas 200mm x 200mm dan tebal puding 45mm. Puding kat atas tu adalah permintaan pelanggan untuk satu perjumpaan di PD. Depa order 3 kek gula hangus dan 3 puding. Bangga plak dapat jual puding...hobi yang bikin duit...kan?

Nak tempah kek Gula Hangus? Jom...klik SINI

Senarai Blog Saya