Ahad, 7 Disember 2008

Resepi Puding Mable Serangkai Kasih

Waaa..rajin plak nak buat puding minggu ni. Wokay..ini adalah resepi yang kembarnyer bernama resepi puding Mable gak. Cuma nak bezakan..tambah plak ayat serangkai kasih. Kena lah bezakan iyer tak..kalau sama nanti keliru plak. Walaupun dikatakan kembar..( aku yg kata kembar..orang lain tak pun..)ia berbeda tang tepung dan cara kita guna telur. Tepung kita guna tepung kastard berbanding yang terdahulu...kita guna tepung Hun Kwee. Manaka telur plak..kalau dulu kita guna kuning telur je..kali ni..kita guna semua..kecuali...KULIT telur laaa. So tentu saja rasa nyer berbeza sket. Kalau nak senang dan tak mahu rugi kerna terpaksa membuang putih telur so ini lah resepi nyer..( dengarnya..putih telur buleh buat masker..err..tak taw plak..). Puding ni sedap dan sesuai di hidang untuk minum petang ke, hidang pada tetamu ke or waht ever laaa. Secara peribadi..aku suka lagik puding Mable yang terdahulu...

So..jom kita tenguk bahan-bahan yang mahu kita guna dalam resepi ni...murah je ni....jommmmm

  • 1 kampit agar2 25 gram
  • Air
  • 1 Cawan gula
  • 1 Tin susu cair
  • 5 Biji telur
  • 1 Sudu teh aisin vanila
  • 125 gram mentega
  • 3/4 Cawan milo
  • 4 Sudu besar kastard
Wokay...itu bahan2 nyer...senang kan nak cari..ahakz. Macam biasa cara membuatnyer kena lah gi tenguk video nyer. Kang aku bagitaw kat sini...korang tak tenguk plak video ni...penat2 je aku buat..kan...kan...ahakz. So nak tambah tips makan puding...kata orang2 tua..puding enak di makan dengan kek gula hangus...so meh lah order...!

Jom makan warna....

Buah buhan dan sayur sayuran yang kita makan mempunyai warna warna yang menarik...apakah fungsinya?.....Jom tenguk...

HIJAU - Buah buhan dan sayuran yang berwarna hijau adalah biasa kita melihatnya tetapi apakah kelebihan warna hijau tu kepada kita..
  • Ia dapat meyihatkan mata
  • Ia dapat menguatkan tulang dan gigi
  • Ia dapat mengurangkan risiko kanser
MERAH - Adakah anda peminat warna merah? Apa pulak sumbangan merah di dalam makanan kepada kita?
  • Ia dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Ia dapat menguatkan daya ingatan
  • Ia juga dapat mengurangkan risiko kanser
  • Jangan tak caya, ia juga dapat meyihatkan saluran kencing
KUNING/OREN - Kepada peminat pisang...ini kelebihan anda
  • Menyihatkan mata
  • Ia dapat meningkatkan daya imunisasi
  • Dapat meningkatkan kesihatan jantung
  • Mengurangkan risiko kanser
BIRU & UNGU - Anda takut tak pada nyanyuk dan penuaan..? Cuba baca ni...
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Melambatkan proses penuaan
  • Juga meyihatkan saluran kencing
  • Megurangkan risiko kanser...
PUTIH & COKLAT - Makanan- makanan yang mempunyai warna warna ini juga mempunyai kelebihan nya
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Mengawal tahap kolestrol
  • Mengurangkan risiko kanser
Apa yang perlu anda tahu, sayur sayuran dan buah buhan yang anda ambil atau pun sekadar anda pandang tanpa nafsu, mempunyai banyak vitamin, banyak mineral dan banyak enzim yang mempunyai tugas melindungi sel sel yang berada didalam tubuh badan anda daripada proses pengoksidaan di dalam badan. Jadi apa lagik....makan lah banyak sayur2an dan buah2an...dan yang lebih penting jangan lupa makan sayur2an dan buah2an dengan kek gula hangus kami yang lazat..lagi lah tambah sedap...betul...tak caya...cuba lah...

Resepi Puding Sunquick

Kali ni nak tambah satu lagik puding yang sedap....dengan bantuan video maka cara membuatnyer akan tambah mudah....kalau dah mudah mcm ni...tak maw buat gak...tak dapek den nolong tu doh...apa pun sesekali apa kata kita try buat. Bina skill memasak pada mereka yg langsung tak tahu apa itu memasak. Apa pun kepada pakar-pakar masakan jangan plak bandingkan masakan den dengan korang...den ni budak baru belajar dalam bab2 puding ni.

Puding ni den buek bila den free je...saja2 asah bakat..tak jugak tajam..adoi lahh..apa pun meh kita tenguk bahan-bahan nyer dulu...tak mahal sangat rasanyer...err...tak tahu plak berapa kos nyer..

  • 1 kampit agar2 yang beratnya kalau boleh 25gram
  • 1500ml air atau 7 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 atau 3 biji limau sunquick - ambil jus nya
  • 3 keping roti
  • 4 bijik telur ayam
  • 1 sudu teh aisin vanilla
  • Sedikit perwarna merah
  • Sedikit Pewarna hijau
  • Sedikit perasa koko or milo
Wokay..itu bahan2 nya..cara nak buat seperti biasa....sila lah guna video klip yang disertakan ni. Penat den buek..kalau tak follow...tak taw le....apa pun...nak beritahu satu rahsia...puding ni sedap dimakan dengan kek gula hangus...so apa lagik..order le....



Senarai Blog Saya