Rabu, 1 September 2010

Kek Gula Hangus Nabila

9.50am dapat SMS daripada seorang customer yang mahukan Kek Gula Hangus 1pcs. Di kenali sebagai Nabila dan Nabila mahu Kek di hantar ke Warta, Bandar Baru Bangi. Asben tolong hantarkan kerana tempat kerja asben sepelaung jerk dengan Warta ni....

Selepas berbuka tadi SMS Nabila...bertanyakan perihal Kek Gula Hangus tu ok ke tidak bagi dia...Nabila balas SMS dan katanya sedap sangat....siap nak promosi kepada kawan2nya. Terharu pulak membacanya...TERIMA KASIH NABILA... Dalam sms dia tanya bila last ambil order...

Untuk pengetahuan semua...last ambil order ialah pada 5hb Sept...manakala penghantaran terakhir ialah pada 8hb Sept malam....harapan saya...kepada yang nak menempah buat tempahan awal sebab kejadian tahun lepas apabila terlampau banyak order last minit...saya menghadapi masalah bahan mentah. Bahan mentah seperti TELUR saya tidak boleh simpan lama. Lagi satu saya sangat2 KHUATIR jika tempah last minit membuatkan QUALITI Kek saya tergugat...saya RISAU akan hal ini....

Senarai Blog Saya