Thursday, March 14, 2013

Resepi Puding Cendol Kacang Merah



Bahan-bahan Step 1

1 cawan gula
10 gram serbuk agar-agar
1 kotak santan Kara
1/2 sudu teh garam
4 cawan air
150gram cendol

Bahan-bahan step 2

1 cawan gula
10gram serbuk agar-agar
2 1/2 cawan susu segar
2 1/2 cawan air
1 tin kacang merah
Sedikit pewarna merah



Cara-cara membuat step 1

Masak air, serbuk agar2 dan gula sehingga mendidih.
Sementara menunggu air mendidih, basuh cendol dengan air panas.
Ketika agar2 sudah mendidih, masukkan agar2 dan tutup api.
Sejukkan adunan tadi hingga hilang wap panas.
Masukkan santan kotak Kara dan garam.
Kacau sebati.
Tuangkan ke dalam bekas dikehendaki.
Tunggu sehingga beku dan carik-carikkan permukaan atas dengan garpu.



Cara-cara membuat step 2

Masak air, serbuk agar2 dan gula sehingga mendidih.
Sementara itu.
Blender kacang merah dalam tin bersama susu segar.
Jangan blender sampai hancur sangat.
Masukkan pewarna merah ikut kepada kesukaan masing2.
Apabila serbuk agar2 sudah mendidih..
Masukkan adunan kacang merah.
Kacau sebati dan tunggu mendidih sedikit dan tutup api.
Tuang ketas adunan cendol yg telah beku dan dicarik2 tadi.
Kemudian sejukkan sehingga betul2 beku.
Sedap dimakan ketika sejuk.

Selamat Mencuba.

Birthday Asben...


Kek Indulgent untuk Asben sempena birthdaynya.
Asben GH memang hantu kepada kek coklat.


Belahan kek.
Asben tak pejam2 tenguk.


Dalam masa yang sama asben buat 2 jenis puding.
Kiri - Puding Cendol Kacang Merah
Asben buat untuk anak buah nya di kilang.

Kanan - Puding Triffle untuk cikgu anak di Tadika Pasti.
Kebetulan sama tarikh birthday dengan cikgu anak GH.
Asben buatkan sekali sebagai hadiah.

Asben buat dalam masa 2 jam kedua2 puding tersebut.


Puding siap di potong untuk anak2 buahnya di kilang.

My Blog List