Selasa, 7 September 2010

Muffin Untuk Kolej Murni


100pcs Muffin ini adalah tempahan daripada Kolej Jururawat Murni yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Ia ditempah melalui adik ipar yang kebetulan belajar di kolej tersebut. Tidak sempat hendak bertanya nama customer tersebut. Terima kasih kepada mereka.

Kek Gula Hangus Pn Rohaya

Kek Gula Hangus ni saya hantar ke WismaPutra Putrajaya. Ia kepunyaan Pn. Rohaya dan ini berupakan tempahan kali kedua bagi beliau. Pengalaman pertama kali menghantar Kek ini ke WismaPutra ialah saya dan asben dilarang masuk kerana memakai selipar jepun. Asben langsung terlupa protokol ini biarpun beliau sedia maklum protokol tersebut kerana ayahanda nya bekerja kerajaan juga. Kasihan Pn Rohaya terpaksa turun mengambil kek yang banyak tersebut.

Harga : RM27.00/pcs

Kek Gula Hangus Jiran

Kek Pelangi aka Mable dan Kek Gula Hangus ini kepunyaan jiran saya yang berada selang sebuah rumah. Mereka akan beraya disini dan may be anak menantu akan bersama2 dengan mereka di rumah mereka. Terima kasih buat jiran saya ni...senang2 nanti jenguk2 le rumah saya ketika saya balik kampung nanti.

Harga :
- Kek Gula Hangus : RM27.00
- Kek Pelangi : RM18.00

Senarai Blog Saya