Ahad, 31 Julai 2011

Jamuan Makan Apam Pelangi

Apam pelangi rekwes oleh ASBEN.
Asben mahu menjamu anak2 buah dan rakan sekerjanya.
Sempena pemergiannya untuk Umrah.
Semoga pemergian ASBEN di permudahkan.

Harga : RM20.00
Tempahan : SMS/CALL - 019 634 1552

Sabtu, 30 Julai 2011

Resepi Biskut Aiskrim Bergaya

Biskut Pra Raya GH.
Sape maw sila ambil.

Ok.
Sape nak resepi boleh ambil kat bawah ni.
Sedap taw.
Try lah.

Resepi Biskut Aiskrim Bergaya.

Bahan-bahan:-
250gram Tepung Gandum
100gram Tepung Jagung
250gram Mentega
150gram Gula Aising
50gram Serbuk Badam
1 sudu teh Esen Vanila
1 Biji Kuning Telur

Bahan Hiasan:-
Coklat Masakan Hitam
Coklat Urai Warna Warni ( Sugar Rice )

CARA MEMASAK :-
1. Pukul mentega bersama gula aising sehinggan kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila - pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam - ratakan dan gaulkan sehingga sebati.
4. Canaikan adunan sehingga tebal lebih kurang 1cm.
5. tekapkan dengan acuan bentuk aiskrim.
6. Bakar adunan dengan kepanasan 180 Celcius selama 30minit.
7. Biskut yang telah masak sila sejukkan.
8. Biskut yang sejuk celup dalam coklat masakkan yang cair.
9. Taburkan plak sugar rice
10. Sedia di makan dengan laju selajunya.

Khamis, 28 Julai 2011

Apam Pelangi & Puding Mable - AZURA

Puding Mable dan Apam Pelangi ini tempahan dari Azura di Putrajaya.
Asben yang hantau.
Terima kasih kepada Azura.

Harga
Puding Mable - RM20.00
Apam pelangi - RM20.00
Tempahan : Call/ sms 019 634 1552

Kek Gula Hangus, Kek Pelangi, Puding Mable & Puding Jagung

Di atas ialah Puding Mable dan Puding Jagung.
Harga : RM20.00 setiap satu.

Kat atas ni Kek Pelangi dan Kek Gula Hangus.
Kek Pelangi - RM20.00
Kek Gula Hangus _ RM 28.00

Tempahan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek.
Terima kasih kepada cikgu2 semua.

Rabu, 27 Julai 2011

Biskut Cornflake

Hari ni Asben rekwes nak makan biskut cornflakes.
Teringin katanya.
Al maklum, Asben GH akan menunaikan Umrah pada minggu ke 2 puasa.
So GH pun buatkan lah tengari semalam.
Petang baru siap.

Ini le rupa Biskut tu.
Sape nak order boleh.
Tapi kena bgtaw awal2.
Takut plak tak sempat nanti.
Ok babai.

Selasa, 26 Julai 2011

Kek Pelangi - ANIZA

Kek Pelangi Order by Aniza.
Terima kasih bebanyak kerana Aniza acap kali order kek dari GH.
Seperti biasa Aniza order tak maw sugar rice.
Tiada masalah.
GH sedia menurut perintah.
Terima kasih sekali lagik

Harga : 20.00
Tempahan : sms/call - 019 634 1552 ( Pn Lela )

Apam Pelangi - JIRAN

Maaf gambar tak begitu menyelerakan.
Al maklum kamera cap ayam.
Selalunya guna kamera Asben.
Now guna kamera sendiri.

Apam pelangi ni Order oleh JIRAN GH.
4pcs semuanya.
Mereka ni boleh dikatakan peminat TEGAR apam pelangi ni.
Rasanya lemak2 dan struktur lembut.
Apa pun terima kasih kepada Jiran GH dan Anak2nya.

harga : 20.00/pcs
Tempahan : SMS / CALL - 019 634 1552 ( Puan Lela )

Ahad, 24 Julai 2011

Kek Gula Hangus - AMRAN

Kek Gula Hangus order by En. Amran.
En. Amran adalah kawan kepada Asben GH.
Terima kasih kepada En. Amran.

Harga : RM28.00
TEMPAHAN : SMS/CALL - 019 634 1552 ( Lela )

Sabtu, 23 Julai 2011

Kek Pelangi - WAHIDA

Kek Pelangi order dari WAHIDA dari Bandar Baru Bangi, Seksyen 2.
Wahida mahu dihantar awal pagi.
Untuk bawa pulang ke kampung katanya.
Terima kasih WAHIDA.

Harga : RM20.00/pcs
Tempahan : SMS/CALL 019 634 1552 ( Pn Lela )

Puding Mable - LIZA

2 pcs Puding Mable.
Tempahan LIZA dari Seksyen 6 Bandar Bukit mahkota, Kajang.
Harap LIZA berpuas hati.
Terima kasih atas tempahan.

Harga : RM20.00/pcs
Tempahan : SMS/CALL 019 634 1552 ( Lela )

Jumaat, 22 Julai 2011

Apam Pelangi - LIN

3pcs Apam Pelangi tempahan Lin dari Cheras.
Tersesat plak masa hantar semalam.
Maaf Lin sebab tunggu lama.
Apa pun terima kasih atas tempahan.

Harga : RM20.00/pcs
Tempahan : Call/Sms 019 634 1552 ( Puan Nor Lela )

Kek Pelangi - ILA

Kek Pelangi tempahan ILA dari Bandar Baru Bangi.
Terima kasih ILA.

Penghantaran dibuat pada malam tadi.

Harga : RM20.00
Tempahan : SMS/CALL - 019 634 1552

Sabtu, 16 Julai 2011

Kek Span Coklat Puan Gula Hangus

Kek Span.
GH buat untuk minum petang.
ASBEN kata sedap.
Sebab dia mmg antu KEK.
Apalagik kalau Kek Span Coklat.
Lagik le tak ingat dunia.

Ade sape2 nak order tak...?

Jumaat, 15 Julai 2011

Apam Pelangi - Aishah

Apam Pelangi tempahan Aishah dari Impian Putra.
Terima kasih GH ucapkan.
Kalau sedap leh tempah lah lagi yea.

Harga : RM20.00/pcs
Tempahan call/Sms : 019 634 1552 ( Puan Nor Lela )

Selasa, 12 Julai 2011

Nasi Lemak & Halba

Nasi lemak kukus yang GH buat tempohari.
Malangnya Asben tak berapa gemar.
Walaupun 3 4 pinggan dia sudah makan.
Selalunya kalau buat nasi lemak buat cara biasa jerk.
Tapi yg ni belaja dengan kawan di Johor sana.
Namun ia tidak menepati citarasa ASBEN.
Lepas ni buat cara biasa nampaknya.
Nasi lemak ni ada letak halba.
Asben kata dia tak suka bau n rasa HALBA ni.
Emmm.
Masak cara biasa je lah.

Isnin, 11 Julai 2011

Apam Pelangi - Iza

Apam Pelangi tempahan Iza dari Taman Cempaka, Nilai.
GH dan Asben pegi hantar sabtu lepas.
Sampai2 Iza nak balik kampung asben nya di Banting sudah.
Apa pun terima kasih pada Iza.

Harga : RM20.00
Call SMS : 019 634 1552 ( Puan Nor Lela )

Ahad, 10 Julai 2011

Puding Jagung Asben

Puding Jagung hasil kerja tangan Asben.
Puding dibuat semasa pulang ke kampung Asben si Felda palong 13, Gemas, Negeri Sembilan.
Acuan nya pula milik Mak Mertua.
Dah cantik2 macam ni rasa sayang plak nak makan.
Oh lupa puding jagung ni permintaan adik ipar yang menyambut hari lahirnya.
So Si Abangnya ( My Asben ) tolong lah buat.

Sabtu, 9 Julai 2011

Red Velvet Cake

Red Velvet Cake.
GH try buat diwaktu singgang.
Sedap gak kek ni.
ASBEN GH yang sememangnya hantu kek.
Hari2 makan sepotong.
Tapi sebenarnya Kek ni tak berapa nak jadi.
Keras sket dan
Warna nya tak RED plak.
Lain kali GH akan improve kan.

Khamis, 7 Julai 2011

Kek Pelangi - Azlina

Seperti biasa tempahan dari customer ni tak maw sugar rice.
GH ikut kan je.
Customer kan selalu betui.
Terima kasih kepada Azlina.
lain kali leh order lagik erk.

Harga : RM20.00
Tempahan : Call/Sms 019 634 1552 ( Puan Lela )

Kek Pelangi - Lin

Kek Pelangi tempahan Lin dari Seksyen 16 Bdr Baru Bangi.
Ini tempahan kedua Lin.
Terima kasih Lin.

Harga: RM20.00
Tempahan : Call/Sms 019 634 1552 ( Puan Lela )

Rabu, 6 Julai 2011

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Kak Edah

Tempahan dari customer tetap.
Kak Edah dari Bandar Baru Bangi.
Untuk kenduri cukur jambul cucunya.
Maap kepada Kak Edah sebab tak boleh sertai.
GH balik kampung.

Harga :-
Kek Gula Hangus : RM28.00
Kek Pelangi : RM20.00

Tempahan : Call/Sms 019 634 1552 ( Puan Lela )

Kek Pelangi Aising - Sek. Men Keb Sungai Pelek

Kek Pelangi yang permintaannya mahu di tanbah Aising.
Tempahan daripada Sek Men Keb Sungai Pelek, Sepang.
Terima kasih kepada cikgu2 disana.

Harga : RM25.00/pcs
Tempahan : Call/Sms 019 634 1552 ( Puan Lela )

Apam Pelangi - Suzana

Apam Pelangi 3 pcs.
Tempahan Suzana dari Senawang untuk kenduri sedaranya.
Apam ni GH & Asben hantau ke Labu rumah Family Su.
Terima Kasih Suzana.

Harga : RM20.00/pcs
Tempahan : Call/Sms 019 634 1552 ( Puan Lela )

Selasa, 5 Julai 2011

Apam Pelangi - Khadijah

Apam Pelangi order by Cik Khadijah dari Klang.
2pcs order untuk family kawan n bakal ibu mertuanya.
Terima kasih kepada Cik Khadijah.

Harga : RM20.00
Tempahan : Call/Sms 019 634 1552

Isnin, 4 Julai 2011

Kek Pelangi - Nazlin

Kek Pelangi tempahan Nazlin dari Bandar Sri Putra last week...
Baru nak xplore sini.
GH balik kampung asben.
So tak sempat nak update.
Terima kasih kepada Nazlin.

Harga RM20.00
Tempahan : call / sms 019 - 634 1552 ( Puan Lela )

Biskut Mazola - Nahrim

Biskut Mazola tempahan Hari Raya sudah dibuka.
Tetapi GH menerima tempahan dari kakitangan Nahrim.
So sebekas sudah dilepaskan.
GH buat sket untuk kakitangan tu jer.
Untuk tempahan Hari Raya GH akan buat lain.
Penghantaran adalah dari 25hb Ogos 2011.

Apa pun terima kasih kepada kakitangan Nahrim tu.
Tah apa nama nya.
Lupa plak tanya.
Sebab order menerusi adik Ipar.

Harga : RM18.00 ( 50pcs )

Senarai Blog Saya