Sabtu, 23 Oktober 2010

Resepi Puding Peach Nenas dgn VIDEO




Resepi Puding Peach Nenas yang divideokan asben.
Puding ni sedap sebab rasa nenas dan peach bila berada dalam mulut...sungguh nikmat.
Terdapat juga rasa ros yang menambah rasa Puding ni.
Asben buat pertama kali dan terus dia videokan.
Saya tukang makan saja...

Ini gambar selepas keluarkan dari acuan.

Keratan rentas selepas dipotong.

Kek Gula Hangus - Norzihan

Kek Gula Hangus tempahan dari Norzihan Bdr Enstek. Tempahan kali ini untuk dibawa ke rumah mertuanya yang berlangsung majlis cukur jambul anak buahnya. Sementara satu lagik kek gula hangus adalah untuk jirannya yang membuat kenduri arwah. Semasa saya dan asben pergi menghantar kek2 ini, jiran sedang sibuk memasak untuk kenduri tersebut. Apa pun terima kasih kepada Norzihan diatas tempahan kek tersebut.

Kek Gula Hangus - Mas 2

Kek Gula Hangus untuk Mas dari Taman Impian Putra, Kajang, Selangor. Ini ialah tempahan kedua Mas. Tempahan kali ini kata nya adalah untuk kenduri sempena keberangkatan orang tuanya ke Mekah. Kami di Gula Hangus mengucapkan selamat pergi dan kembali kepada orang tua Mas dan semoga mendapat Haji yang Mabrur. Terima kasih kepada Mas diatas tempahan ini.

Sempena Promosi 10 Hari...Mas layak mendapatkan Puding Jagung secara PERCUMA bernilai RM17.00 diatas tempahan Kek Gula Hangus melebihi 4pcs.

Senarai Blog Saya