Sabtu, 5 Januari 2013

Resepi Puding Aneka Warna...


Ini Puding Encik Asben buat.
GH namakan nya Puding Aneka Warna.
Kali ini GH beri resepinya.
Atas bantuan Asben si jeBateja

3 Warna Agar2
Agar2 Di potong dadu

STEP 1.

Bahan2.
5 cawan air - 1 liter
3/4 cawan gula pasir - 150gram
10gram serbuk agar2
3 atau 2 pewarna makanan.

Cara Membuatnya :-
- Masak air, gula dan serbuk agar2 sehingga mendidih.
- Sentiasa kacau agar serbuk agar2 tidak berketul.
- Sudah mendidih asingkan kepada 2 atau 3 bekas. mengikut pewarna makanan yang kita ada.
- Den ada menggunakan pewarna hitam untuk mengantikan cincau. Jika tempat korang ada cincau - so guna cincau jer.
- Setelah itu sejukkan sehingga agar2 beku.
- Potong dadu setelah agar2 betul2 beku.
- Ketepikan.

Agar2 dan cendol selepas masak
Selepas dimasukkan santan
Step 2.

Bahan2.
4 cawan air - 800ml
1 cawan gula - 200gram
200ml santan kotak - den guna jenama Kara
10gram serbuk agar2.
Sedikit garam - dalam setengah sudu teh
500gram Cendol

Cara membuatnya :-
- Cendol yang kita beli biasanya ada bau kapur so rendam dan bilas dengan air dahulu dan toskan. GH bilas dengan air panas.
- Masak air, gula dan serbuk agar2 sehingga mendidih.
- Sudah mendidih masukkan cendol yg kita tos tadi. Pastikan tiada or kureng bau kapur.
- Bila mendidih sket, tutup api dan sejukkan adunan td sehingga menjadi suam.
- Bila sudah suam, masukkan santan dan garam.
- Tujuan masuk santan kendian sebab tak maw santan tu pocak lomak yang akan menyebabkan puding kita tak cantik dan tak hensem.
- Kacau sehingga sebati, sebab santan kotak biasanya akan berketul2.
- Dah sebati, ketepikan dulu.





STEP 3.

- Masukkan agar2 dadu tadi dalam loyang tersayang korang.
- Macam ne nak masukkan or nak susun ikut kat korang lah.
- Dalam gamba tu ada nampak GH guna kacang panggang.
- GH rasa tak payah lah guna kacang tu...payah bila nak motong nya nanti.
- Selepas tu masukkan adunan cendol dengan slow n steady.
- Step 3 jangan lambat2 nanti adunan cendol beku.
- Selepas tu semua sejukkan kat luar dan masukkan ke dalam peti ais.





STEP 4.

Sudah siap.
Boleh lah hidang kan kepada family











Senarai Blog Saya