Saturday, July 30, 2011

Resepi Biskut Aiskrim Bergaya

Biskut Pra Raya GH.
Sape maw sila ambil.

Ok.
Sape nak resepi boleh ambil kat bawah ni.
Sedap taw.
Try lah.

Resepi Biskut Aiskrim Bergaya.

Bahan-bahan:-
250gram Tepung Gandum
100gram Tepung Jagung
250gram Mentega
150gram Gula Aising
50gram Serbuk Badam
1 sudu teh Esen Vanila
1 Biji Kuning Telur

Bahan Hiasan:-
Coklat Masakan Hitam
Coklat Urai Warna Warni ( Sugar Rice )

CARA MEMASAK :-
1. Pukul mentega bersama gula aising sehinggan kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila - pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk badam - ratakan dan gaulkan sehingga sebati.
4. Canaikan adunan sehingga tebal lebih kurang 1cm.
5. tekapkan dengan acuan bentuk aiskrim.
6. Bakar adunan dengan kepanasan 180 Celcius selama 30minit.
7. Biskut yang telah masak sila sejukkan.
8. Biskut yang sejuk celup dalam coklat masakkan yang cair.
9. Taburkan plak sugar rice
10. Sedia di makan dengan laju selajunya.

No comments:

My Blog List