Jumaat, 30 Julai 2010

Order From Cikgu - 29 07 2010

Kek Pelangi / Mable

Muffin Coklat

Muffin Vanila

Kek Oren

Tempahan dari Guru2 Sekolah Menengah Sungai Pelik...tak sempat nak tanya nama guru2 tersebut. Apa apa pun terima kasih atas tempahan mereka yang sentiasa berulang ulang....terima kasih.

Khamis, 29 Julai 2010

Kek Oren

Produk baru Gula Hangus iaitu Kek Oren atas permintaan ramai.

Warna warni diatas nya...

Lembut....

Harga RM18.00
Berat lebih kurang 1kg

Penghantaran percuma untuk Kawasan kajang, Bandar Baru Bangi, Bandar seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Nilai 3, Nilai....

Rabu, 28 Julai 2010

Resepi Puding Kacang Merah


Asben akhirnya berjaya menyiapkan satu video cara membuat puding kacang merah. Kepada yang tersangat suka puding Asben...boleh lah cuba try test. Bahan2 nya pun senang dapat dan murah aje. Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba...kepada yang nak order Kek Gula Hangus....sila sila kan....

Kek Gula Hangus Jiran

Kek gula hangus untuk JIRAN sebelah rumah. Untuk di bawa ke SURAU kata empunya Kek ini. Jiran sebelah rumah ni saya panggil KAK NOLI...kalau dah namanya JIRAN...nak order kek panggil je kat PAGAR...sambil2 tu boleh GOSSIP2 sket...Terima Kasih kak Noli..

Selasa, 27 Julai 2010

Order From Uniten 27 07 2010

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi untuk kantin di Uniten. Terima kasih untuk Watie, tokeh kantin kat Uniten atas tempahan ini.

Isnin, 26 Julai 2010

Kek Gula Hangus vs Kek Mable/Pelangi

Kek Gula Hangus ni di tempah pada 23hb Julai lalu, Ditempah oleh Regular Customer di UNITEN. Kek ni kena hantar pagi2 sebab untuk orang MEETING katanya...ASBEN le jadi MANGSA nya....
Kek Pelangi/Mable ni ditempah jiran yang mahu membawa pulang ke KAMPUNG di MELAKA. Yang tempah ni berpangkat MAKCIK. Makcik ni pun nak awal2 pagi. Yang ni saya hantar sediri...sebab selang sebuah rumah je.

Kek Coklat Kuala Lipis




Kek coklat ni bukan lah bernama Kek coklat KUALA LIPIS tapi di beri tajuk begitu sebab orang KUALA LIPIS dok order. Oleh kerana nak balik kampung jadi tolong lah buat kan....KEK ni untuk anak beliau. Al maklum bebudak memang suka makan benda yang ala ala coklat ni....kita yang tua ni pun kadang2 teruja...terima kasih AINA kerana sudi ORDER.

Selasa, 20 Julai 2010

Kek Pelangi/Mable dan Kek Gula Hangus - UNITEN


Kek Gula Hangus untuk Kantin di UNITEN. Kepada mereka yang berada di UNITEN kalau nak rasa Kek Gula Hangus saya boleh lah ke Uniten...tapi saya tak pasti plak bagunan mana. Asben kata kat bagunan MULTIMEDIA....kat mana erkkk sebab Uniten tu LUAS dan BESAR...

Rabu, 14 Julai 2010

Sempat Lagi...

Kek Gula Hangus ni untuk seorang cikgu, sebenarnya ada 2 bijik tetapi selepas di bungkus dan di masukkan dalam kereta untuk penghantaran baru lah teringat nak ambil gambar...so ambil gambar mana yang sempat je...Kek Gula Hangus ni berharga RM27 untuk berat lebih kurang 2 kilo.

Kek Gula Hangus Untuk Jiran

Kek Gula Hangus ni untuk jiran. Tak tahu plak nama sebab panggil MAKCIK je, makcik ni jaga rumah anaknya jadi kek ini pun diorder untuk anaknya.

Sabtu, 10 Julai 2010

Kek Coklat untuk Cikgu Nur Akmarina


Kek Coklat ni untuk seorang cikgu yang di tempah melalui adik ipar. Nama cikgu tu Nur Akmarina. Cikgu ni rekwes kek coklat untuk hari lahir tapi tidak mahu diletakkan sebarang nama. Apa pun terima kasih atas tempahan cikgu tersebut....lain kali tempah le lagi.

Puding Jagung My Asben



Puding Jagung di atas ni dibuat oleh Asben. Asben teruja nak buat puding ni setelah melihat bekas kek yang baru saya beli. Sebenarnya bekas ni untuk saya cuba resepi kek tapi Asben teringin sangat nak buat puding jagung dengan bekas tersebut. Nak tenguk hasil nya macam mana...kata Asben. Gambar dibawah ialah hasilnya...lawa kata Asben lagi. Puding ni habis dalam satu hari...anak yang paling bongsu memang teramat suka dengan air tangan ayahnya ini. Anak ayah katakan...

Kek Gula Hangus Untuk Imran

Kek Gula Hangus ni untuk Imran juga seorang kawan Asben di kilang. Kek Gula Hangus sebanyak 3 pcs or kotak ni sebenarnya untuk kawan isteri Imran yang bekerja di Telekom Kuala Lumpur. Nampaknya promosi mulut ke mulut memang berkesan. Terima kasih pada Imran dan wife kerana sudi ambil order dari mereka.

Kek Gula Hangus Shahrol

Kek Gula Hangus untuk Encik Shahrol sempena majlis tahlil di rumahnya. En. Shahrol ni kawan Asben kat kilang dan beliau berkata tahlil untuk family je so dia tak le jemput kawan-kawan. Apa pun terima kasih kerana menempah kek gula hangus ni. Antara pelanggan yang sentiasa mengulangi order ni....

Selasa, 6 Julai 2010

Kek Coklat Untuk Puan Norhayati...

Kek Coklat untuk Puan Norhayati untuk anaknya yang berusia 9 tahun. Kek ni di tempah pada minggu lepas cuma memang sudah dijanji ambil pada hari semlm. Terima kasih kepada Puan Norhayati...

Senarai Blog Saya