Jumaat, 27 Ogos 2010

Kek Coklat Ariff


Kek Coklat ini adalah untuk anak saya yang menyambut hari lahirnya pada 23hb Ogos dulu. Anak saya nak gambar Transformer tetapi sebab2 terbeli doraemon yang comel ni jadi dia pun accept jerk. Ingatkan dia tak maw tetapi dia terima tanpa banyak bicara. Selamat Hari Lahir Ariff...

Khamis, 26 Ogos 2010

Kek Birthday Coklat Wan Maizatul


Kek Coklat yang bergambar Power Rangers ni adalah Hak Milik Kekal Cikgu Wan Maizatul. Mulanya Cikgu nak gambar Ultraman, satu Bandar Baru Bangi saya cari tetapi tidak berjumpa. Akhirnya Cikgu memilih Power Rangers ni. Terima Kasih Cikgu kerana Menempah kek ini.

Rabu, 25 Ogos 2010

Kek Pelangi


Kek Pelangi untuk seorang akak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi. Beliau order 3pcs semalam dan minta di hantar ke rumah sebelum 9.00am. Kek berharga rm18/pcs untuk berat lebih kurang 1kilo ini sesuai untuk Moreh. Open House sempena Hari Raya dan Jamuan or kenduri. Terima kasih kepada akak yang order ni...maaf still tak tahu nama biarpun beliau sudah acap kali order sebab lebih selesa membahasa diri beliau akak kerna dia memanggil saya dan suami ...ADIK...terasa muda pula.

Ahad, 22 Ogos 2010

Kek Gula Hangus dan Kek Oren

Kek Gula Hangus dan kek Oren ini adalah tempahan dari Cikgu Khariah Mahayu ( Kek Gula Hangus ) dan Akamaliah ( Oren ). Penghantaran di buat hari ini. Semoga berpuas hati dengan rasanya.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kek Gula Hangus Untuk ROS...

Ini Kek Gula Hangus untuk Ros yang bekerja di Putrajaya. Asben yang hantarkan. Terima kasih Ros. Ros mendapat maklumat dari web so dari balas membalas sms sehingga terjadi aktiviti jual beli. Terima Kasih Ros...

Khamis, 19 Ogos 2010

Kek Pelangi Sharol Nizam

Maaf tak de gambar kek pelangi sebab lupa nak ambil. Cuma ada gambar duit sebab ada kene megena dengan kek pelangi tu. Kek Pelangi di tempah oleh Encik Shahrol Nizam di Sungai Merab, Kajang. Asben yang gi menghantau dam Encik Shahrol pun membayarnya. Encik Shahrol xtra kan lagik dengan duit Korea ni ( WON )....ahakz....1000won ni bersamaan rm3.10 kata encik Shahrol....apa pun terima kasih encik shahrol...

Kek Gula Hangus Noraziyah

Kek Gula Hangus berharga RM27.oo ni ditempah oleh Noraziyah yang berada di Taman Pinggiran Sekamat. Ia telah di hantar oleh Asben pada pagi tadi. Terima kasih kepada Noraziyah...lain kali order lagik ya..

Muffin Dan Kek Gula Hangus Yusni


Muffin ni Cik Yusni yang di tempah pada semalam. Ia telah pun di pos ari ini. Harap2 ia boleh sampai esuk.

Kek Gula Hangus juga ditempah oleh Cik Yusni...

Siap bungkus dan di pos...

Selasa, 17 Ogos 2010

Biskut Corn Flakes

Pada minggu lepas, Kek Gula Hangus menerima lagik tempahan Biskut Cornflakes dari Farida. Orang yang sama menempah pada minggu sebelumnya.

Biskut yang siap di bungkus...sedia untuk di POS. Terima kasih kepada Farida.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Kek Gula Hangus untuk Cikgu

Kek Gula Hangus ni untuk cikgu jugak...tapi bukan yang selalu beli tu. Cikgu ni beli kek gula hangus untuk hantar ke surau or masjid. Juadah moreh katanya. Kepada cikgu yang lupa di tanyakan nama tu...terima kasih di atas pembelian ini.

Khamis, 12 Ogos 2010

Biskut CornFlakes

Kelmarin dapat SMS dari seseorang yang nak TEMPAH biskut cornflakes. Terkejut jugak....post sebelum ini hanya suka2 buat biskut tersebut....kalau dah orang mahu....kita jual laa..

Biskut dah siap di balut oleh my asben....

Seorang kawan cadangkan syarikat ini utk post.....harap2 leh sampai hendaknya....

Rabu, 11 Ogos 2010

Kek Gula Hangus untuk Cikgu

Kek Gula Hangus ni untuk cikgu. Yang ni pun regular customer jugak....terima aksih kepada beliau kerana order kek ini...

Selasa, 10 Ogos 2010

Kek Gula Hangus Untuk Watie BSP

Terima kasih kepada Watie yang selalu order Kek Gula Hangus ni. Kali ini beliau order 2 pcs. Khabarnya kek ini untuk tetamu yang berkunjung ke rumah beliau....harapnya tetamu2 beliau suka akan kek ini....IsyaAllah..

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kek Gula Hangus for Imran 06 08 2010

Kek Gula Hangus di tempah oleh kawan Asben iaitu Encik Imran. Kek ini untuk dia bawa balik ke kampung wifenya pada 07 08 2010. Semoga selamat sampai ke Kampung. Harga Kek ini RM27.00. Terima Kasih Encik Imran.

Kek Oren 06 08 2010

Kek Oren untuk seorang GURU di Sekolah Mengah Sungai Pelik. Harga RM18...kena tunggu asben balik keja baru boleh hantar. Terima Kasih....

Senarai Blog Saya