Isnin, 6 September 2010

Kek Gula Hangus Ros


Kek Gula Hangus kali ini adalah untuk Ros yang bekerja di Putrajaya. Ros order 2 pcs kek gula hangus dan salah satu daripadanya mahu di Pos ke Bukit Mertajam. Asben kebetulan kerja malam minggu ni, maka beliau lah yang saya pertanggungjawapkan menghantar ke pejabat pos...tapi kena bagi upah katanya...duit minyak kereta. Satu lagi kek gula hangus untuk Ros saya akan siapkan esuk. Hari ini saya akan membuat untuk tempahan yang perlu hantau esuk iaitu 7hb Sept. Harga Kek ini ialah : RM27.00 + RM13 ( Pos Laju ) = RM40.00

Ahad, 5 September 2010

Kek Gula Hangus Kuala Lipis


Kek Kek diatas ini adalah untuk orang Kampung saya di Kuala Lipis. Kek Gula Hangus, Kek Oren dan Kek Pelangi diatas sebenarnya bukan kepunyaan seorang tetapi 3 orang. Ia di order melalui PHONE dan akan dihantar oleh adik saya yang pulang beraya. Alhamdulillah Kek-kek saya ini diterima oleh penduduk kampung saya. Harga : Kek Gula Hangus - RM27.00/pcs, Kek Pelangi - RM18.00/pcs, Kek Oren - RM18.00/pcs

Sabtu, 4 September 2010

Kek Gula Hangus Enstek


Kek Gula Hangus ini adalah tempahan untuk seorang guru yang menetap di Enstek. Oleh kerana Guru ini menempah melalui Adik Ipar yang kebetulan satu taman dengan nya maka Kek Gula Hangus ini saya deliver ke rumah adik ipar. Esuk adik ipar akan menghantarnya ke rumah Guru berkenaan. Kek ini untuk dibawa pulang ke kampung oleh guru yang tidak sempat saya tanyakan namanya. Semoga beliau selamat sampai ke kampung dan di ucapkan Selamat Hari Raya. Terima kasih kerana menempah Kek Gula Hangus saya ini. Harga RM54.00/ 2 pcs ( 1pc - 27.00 = 2 kg )

Jumaat, 3 September 2010

Biskut Mazola Manita

Biskut Mazola ni ditempah oleh Cik Manita di Bandar Baru Bangi, Selangor. Cik Manita ni tahu melalui rakan sekerjanya berkenaan saya ada membuat biskut Mazola. Ia dibelikan untuk IBU nya yang teramat suka akan Biskut Mazola. Biskut Mazola sedap sebab ia manis2 berlemak disertakan dengan rasa minyak mazola. Terima Kasih kepada Cik Manita di atas tempahan beliau. Harga RM15.00 - Sebalang ( 50pcs )

Biskut Semprit Dahlia


Biskut Semprit Dahlia ni saya buat ketika berehat2 kan badan. Asben suka sangat biskut ni. Katanya...ini biskut kegemarannya masa kecil....so memang ada buat banyak biskut ni....nak pas2 ke mak mertua dan adik n ipar duai...

Biskut Coco Crunch


Biskut Coco Crunch ni dah siap 2 hari yang lepas. Suruh asben ambil gambo...tak diambil2 nya. Kalau tak ambil maka tak le boleh xplore dalam blog ni. Biskut ni ada kelapa kering sket. Lupa plak ambil resepi ni kat mana....asben kata sedap....

Khamis, 2 September 2010

Kek Gula Hangus Noor'anni & Akmaliah


2pcs Kek Gula Hangus ni adalah lain2 tuannya tetapi sama pula tempatnya, Iaitu Noor'anni dan Akmaliah, jadi malam tadi kami sefamily sama2 menghantar Kek Gula Hangus ni. Sambil2 mencuci mata melihat keindahan malam setelah sebelah siang sibuk menatap wajah OVEN tersayang...terima kasih kepada Cikgu kerana menempah Kek Gula Hangus ini. RM27 - 2 kilo ( lebih kurang )

Kek Gula Hangus NAHRIM


Kek Gula Hangus ini ditempah oleh salah seorang kakitangan NAHRIM untuk jamuan berbuka puasa pada hari ini. NAHRIM adalah singkatan kepada Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia. Ia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ingin tahu lebih lanjut mengenai NAHRIM...sila klik SINI. Terima kasih kepada KakiTangan NAHRIM.

Rabu, 1 September 2010

Kek Gula Hangus Nabila

9.50am dapat SMS daripada seorang customer yang mahukan Kek Gula Hangus 1pcs. Di kenali sebagai Nabila dan Nabila mahu Kek di hantar ke Warta, Bandar Baru Bangi. Asben tolong hantarkan kerana tempat kerja asben sepelaung jerk dengan Warta ni....

Selepas berbuka tadi SMS Nabila...bertanyakan perihal Kek Gula Hangus tu ok ke tidak bagi dia...Nabila balas SMS dan katanya sedap sangat....siap nak promosi kepada kawan2nya. Terharu pulak membacanya...TERIMA KASIH NABILA... Dalam sms dia tanya bila last ambil order...

Untuk pengetahuan semua...last ambil order ialah pada 5hb Sept...manakala penghantaran terakhir ialah pada 8hb Sept malam....harapan saya...kepada yang nak menempah buat tempahan awal sebab kejadian tahun lepas apabila terlampau banyak order last minit...saya menghadapi masalah bahan mentah. Bahan mentah seperti TELUR saya tidak boleh simpan lama. Lagi satu saya sangat2 KHUATIR jika tempah last minit membuatkan QUALITI Kek saya tergugat...saya RISAU akan hal ini....

Selasa, 31 Ogos 2010

Biskut Corn Flakes 2


Biskut Merdeka...bukan nama biskut ni yea. Biskut ni nama nya Biskut CornFlakes. Jika sebelum ni biskut ini di buat untuk tempahan kini biskut ni saya buat untuk Biskut saya sefamily. Buat banyak sebab nak hantar ke rumah mak dan mak mertua termasuklah untuk family saya selepas pulang cuti beraya.

Biskut Mazola


Dalam sibuk menerima tempahan Kek ni...sempat jugak siapkan Biskut untuk raya ni. Biskut ni adalah yang paling diminati oleh asben dan adik ipar saya. Tak taw lah kenapa...saya rasa semua biskut raya sama sahaja....

Kek Gula Hangus En. Zulkarnain

Kek Gula Hangus ni adalah hasil tempahan Encik Zulkarnain daripada Bandar Baru Bangi, Selangor. Kek yang di order sempena Merdeka ini telah dihantar oleh asben pada awal pagi tadi. Apa pun...terima kasih kepada Encik Zulkarnain dan Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan...

Isnin, 30 Ogos 2010

Biskut Laila


Biskut ni sebenarnya bernama biskut HATI. Itu lah yang diberi oleh si buku resepi. Oleh kerana saya tidak mengunakan acuan berbentuk hati maka saya tukarkan aje namanya. Kalau guna nama biskut HATI tapi tak berbentuk hati...nampak pelik plak. So saya nama kan biskut LAILA...ok kan..???

Kuih Goyang

Apa nama kuih ni erk...betul ke kuih goyang. Kuih ni saya buat pagi semalam. Macam warm up lah sebelum memulakan kerja2 dapur yang lain. Acuan nya saya beli di Nilai 3. Awal prosesnya asyik melekat je...hairan plak saya. Al Maklum pertama kali buat....selepas beberapa lama baru ok. Bunga dia pun tak berapa cantik.

Kek Mable dan Orange

Kek Pelangi aka Mable dan Kek Oren ni ditempah oleh seorang akak di Seksyen 4 ( Fasa 4 ) Bandar Baru Bangi. Alaaa akak yang saya tidak tahu nama tu. Bercerita pasal Kek Pelangi tu, Akak tu mahu saya letak perasa dan pewarna coklat sahaja. Emmm..dah bukan macam Kek Pelangi lah pulak tapi cara bancuhan nya masih sama....saya panggil Kek Pelangi Perasa Coklat. Harga Kek - RM18/pcs

Senarai Blog Saya