Isnin, 13 Disember 2010

Resepi Agar - Agar Nangka

Agar2 nangka ni asben yang buat
Nangka di beli kat pasar malam
Masa beli memang asben niat nak buat agar2 nangka ni
Maka hari ni tertunai sudah

Zoom sket...yummmy.......

Keratan rentas agar-agar nangka.

Resepi Agar-Agar Nangka:-

7 biji nangka yang dipotong2 halus
20 gram serbuk agar2
9 cawan air
Gula 1 cawan

Cara membuatnya :-

- Nangka yang dah di potong2 halus di masak dengan 3 cawan air dengan api yg kecil sehingga naik bau.
- Setelah tu tambah 6 cawan tadi berserta gula dan serbuka agar2.
- Kacau sehingga sebati.
- Besarkan sket api.
- Sudah mendidih, tukar ke bekas yang lain.
- Sejuk bekukan.

Ahad, 12 Disember 2010

Apam Pelangi Versi Ke 2

Ini apam pelangi versi ke 2.
Atas permintaan anak yang suka sangat akan apam ni.
Sedap dan lembut
Belum dibuka untuk jualan
kalau sudah dibuka untuk jualan GH akan xplorekan.
Terima Kasih diatas sokongan anda semua.

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Seperti biasa Tokeh Kantin akan order tetiap minggu.
Mcm ne terima kasih kepada wati tokeh kantin Uniten...

Kek Pelangi - Kak Idah

Kek pelangi Kak Idah dari seksyen 4,
Bandar Baru Bangi.
Beliau order pada 6hb Dis yang lepas.
baru sekarang nak xplore...
Terima kasih kak idah kerana terus menyokong saya

Ahad, 5 Disember 2010

Resepi Puding Aiskrim Panduan Video...

Resepi Puding Aiskrim dengan Video...sila lah cuba...


Video ni asben buat malam tadi...
Nampak sampai tersenguk2 depan pc...
Sebab upload kat youtube lambat sangat...
Lastnya dia tinggalkan je dengan Pc masih ON...
Lepas solat subuh baru dia tenguk balik...
Sib baik dah selesai Upload...

Sabtu, 4 Disember 2010

Apam Pelangi & Puding Aiskerim

Resepi Baru...apam pelangi...
Masih belum dijual...
Akan di buka untuk jualan nanti...

Asben pun ada resepi baru...
Puding Aiskerim...
Nanti dia akan videokan resepi puding ini...
Tunggu

Keratan rentas Apam Pelangi

Keratan Rentas Puding Aiskerim

Kek Gula Hangus & Puding Jagung - Rohana


Kek Gula Hangus & Puding Jagung untuk Rohana...
Rohana adalah kawan asben sewaktu sekolah menengah...
Terima Kasih kepada Rohana diatas tempahan ini...

Kek Pelangi 240 x 240

Ini KEK PELANGI yang di besarkan saiz nya.
Kepada peminat2 Kek Pelangi boleh lah order.
Harga RM20.00..
Saiz Kek Pelangi ni 240 x 240 mm

Rabu, 1 Disember 2010

Kek Gula Hangus & Kek Pelangi - Uniten

Kek Gula Hangus dan Kek Pelangi tempahan Tokeh kantin UNITEN.
Tempahan dihantar oleh asben di pagi hari yg berkabus.
Asben kerja malam, balik kerja malam terus dia pi hantar.
Tahan plak matanya.
Apa pun terima kasih kepada Watie, Tokeh kantin UNITEN.

Jumaat, 26 November 2010

Kek Gula Hangus - Izwa

Kek Gula Hangus tempahan Izwa daripada bdr Baru Bangi
Sama dengan Inspec, asben hantar kek pada awal pagi.
Terima kasih kepada Izwa diatas tempahan beliau.

Kek Gula Hangus - Inspec

Kek Gula Hangus untuk kakitangan Inspec.
Kek ni asben hantar ke Inspec pada awal pagi kerana asben kerja pagi takut lambat masuk kerja katanya...

Khamis, 25 November 2010

Kek Gula Hangus - Shima


Kek Gula Hangus tempahan Shima yang berada di KL
Penghantaran untuk Shima kami lakukan di Taman Peringatan Nilai, Di lebuhraya Kl - johor
Ketika itu Shima maw balik ke Melaka...
Jadi Kek2 ini untuk orang Melaka lah

Selasa, 23 November 2010

Kek Gula Hangus - Sabri

Kek Gula Hangus tempahan En Sabri daripada Bdr Baru Bangi, Kajang, Selangor.
Terima Kasih En Sabri.

Rabu, 17 November 2010

Puding Mable - ItaIn

Tempahan puding marble dari Ita. yang ini mungkin kali ke 4 Ita order Puding. alhamdulillah puding GH diterima ramai. terima kasih juga pada Ita

Kek Pelangi - Kak Idah

Pelanggan GH yang boleh dikatakan kerap mengorder kek dari GH. Kak Idah...kali ni kek pelangi di hantar pada waktu petang biarpun selalunya dihantar pagi, Ini adalah atas permintaan kak idah jugak. Terima Kasih Kak Idah.

Senarai Blog Saya