Monday, December 8, 2008

Penyediaan Makanan Sihat...Boleh Anda Lakukan?


Basuh dan bersihkan sayur2an yang dibeli. Tetapi jangan plak bersihkan sayur lepas dipotong kerana khuatir kekotoran melekat pada bahagian yang dipotong tersebut.

Meyingkirkan kekotoran dengan cara merendam sayur2an kedalam air memang lah bagus tetapi jangan terlalu lama kerana vitamin B kompleks dan vitamin C mudah larut dalam air. Rugi ooooo vitamin hilang begitu jerrrr

Rancang masakan anda supaya anda memasak sayur2an tidak terlalu lama kerana seperti anda dan saya tahu sayur mudah layu sekali gus menjejaskan kandungan nutrien didalam nya. Emmm..apatah lagi kalau hangit..erkkk

Biarpun anda seorang yang berseni...kalau boleh jangan lah memotong sayur2an sekecil2 yang anda mampu kerna..lagi kecil anda potong..lagi cepat lah nutrien nya leh hilang.

Kurangkan minyak ketika menumis..ni dah ramai orang cakap n tulis. Mengunakan banyak minyak memang tak baik untuk kesihatan. Kurang2kan lah...untuk pengetahuan..mengunakan minyak petrol banyak ketika harga minyak naik pun...tak baik untuk kesihatan...err..kuat tajuk ni.....sowy...

Kalau ada rasa rebus tu adalah cara memasak yang baik untuk kesihatan..anda betul...tapi kalau anda rebus terlalu lama...anda salah...kerna anda sedang melupuskan kandungan nutrien dalam sayuran...rugi ooo...beli sayur banyak2..makan sayur kosong jerk...

Alang2 anda merebus tadi...apakata anda menguna air rebusan tadi didalam masakan anda. Banyak nutrien yang terbebas tadi dalam air rebusan tadi....rugi plak buang begitu je...kan?

Anda juga cara sihat dalam masakan selain daripada mengunakan cara mengunakan minyak dan dengan cara kukus.

Memanggang adalah lebih baik dari mengoreng bagi sumber2 makanan yang mempunyai protein. Seperti ayam, daging dll

Jangan sejuk beku makanan berulang kali...

Last sekali..makan lah kek gula hangus. Ia dibuat daripada bahan2 bermutu dan rendah kolestrol...cuba lah..


No comments:

My Blog List