Ahad, 29 Ogos 2010

Kacang Goreng Bertepung


Semalam jugak merajin kan tangan dan minda untuk membuat Kacang Goreng Bertepung. Ini ialah resepi Ibu Mertua. Mulanya sms adik ipar, sebab dia perwaris resepi ni. Lambat balasannya suruh asben call Bondanya pula...masa tu Ibu Mertua di ladang so terpaksa call semula. Tup-tup adik ipar send sms berserta resepi. Selang 2 minit Ibu Mertua pula call....pun beri resepi...bertuahnya badan, sampai 2 orang bagi resepi ni. Sekejap sahaja nak buat ni...tapi tang nak memilih kacang terbaik tu yang susah...asben le yang jadi mangsa. Apa pun telah siap sebaldi Kacang Goreng ni...siapa berhajat...sila lah ambil sket.

Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya