Jumaat, 17 Disember 2010

Kek Gula Hangus & Puding Rich Coklat - Hanim


10pcs kek gula hangus dan 10pcs puding rich coklat adalah tempahan dari seorang customer yang baru GH kenali iaitu Hanim.
Tempahan ini adalah untuk jamuan berbuka puasa sempena majlis Asyura di Masjid KUIS ( Kolej Universiti Islam Selangor )

Mulanya Hanim tempah Kek Gula Hangus je
Kebetulan Hanim datang rumah GH untuk bayaran KGH tu
GH ada bagi Puding Rich Coklat untuk Hanim rasa
Tup..tup...hanim order 10pcs Puding Rich Coklat
Terima Kasih Hanim

GH dengan senang hati sedekahkan 2pcs Kek Pelangi untuk Majlis tersebut.
Bak kata Hanim, memberi makan kepada mereka yg berpuasa pada hari Asyura umpama memberi semua org Islam yang berpuasa.
Puding juga GH turun kan harga sedikit juga sebagai sedekah untuk majlis tersebut

Semoga amalan kita diterima..

Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya