Puding Mangga hasil kerja tangan Asben GH ( Gula Hangus ).
Jom tenguk resepinya.
Resepi Puding Mangga
20gram - Serbuk Agar2
6 cawan air
1 cawan gula
4 Sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
2 biji telur gred C
1 Sudu besar Mango Paste
300gram mangga masak
Cara Membuatnya.
Masak air, serbuk agar2 dan gula sampai mendidih.
Blender Tepung kastard, susu cair, telur, mango paste dan mangga masak.
Setelah blender masukkan dalam serbuk agar2 yang dimasak tadi.
Kacau dengan api kecil sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan dalam loyang yang disukai.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam peti ais.
Sedap dimakan ketika sejuk.
Sekian selamat Mencuba.
2 ulasan:
As'salamkum
cantik nya puding mangga ni fv tu..sedang elok lah cuaca tgh panas mkn puding sejuk hemmm nyam aja masuk di tekak..nak rasa sikit heheh
SHEILA - sila lah...hik..hik....ambil gambar je lah nampaknya...
Catat Ulasan