Ahad, 22 Julai 2012

Resepi Puding Cendol Gula Melaka Bersantan.



Bahan - Bahan Lapisan Pertama

1 cawan gula.
4 cawan air.
200ml santan KARA.
1 sudu kecil garam.
10 gram serbuk agar2.
500gram Cendol.

Bahan - Bahan Lapisan Kedua

1 ketul gula melaka ( 200gram )
4 cawan air.
1 kotak santan KARA.
10gram serbuk agar2
1 bijik kuning telur.


Cara membuat lapisan pertama

Masak air, agar2 dan gula sehingga mendidih.
Sudah mendidih masukkan cendol.
Biarkan sekejap tutup api.
Biar hilang wap.
Masukkan santan dan garam.
Kacau sebati.
Tuang dalam acuan.
Biar suam.
Masukkan dalam peti ais.
Sudah beku.
Carik2 kan dengan garpu.


Cara membuat lapisan kedua

Pecah2 kan gula melaka.
Masak gula melaka, air dan serbuk agar2 dalam periuk.
Setelah mendidih.
Tapis kan masakan tersebut.
Masukkan kembali dalam periuk.
Santan kotak tadi gaul dengan kuning telur. 
Kacau sebati.
Sudah sebati.
Masukkan kedalam periuk.
Biarkan mendidih kejap.
Kejap je taw.
Jangan sampai santan pecah lemak.
Sudah mendidih.
Tuangkan atas lapisan pertama  tadi.
Suamkan.
Pastu sejukkan. 


Puding Cendol Gula Melaka Bersantan dibawa khas oleh...

Azizan Mamad 

Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya