Isnin, 30 Julai 2012

Resepi Puding Laici


Puding Laici By Jebateja
====================

Bahan2
--------

1 tin Laici
1 tin susu sejat/cair ( 400grm )
1 cawan gula
4 cawan air
13 gram serbuk agar2

Cara2 Membuat
-------------------

Masak gula, serbuk agar2 dengan air sehingga mendidih.
Blender laici sehingga hancur bersama air or syrupnya.
Masukkan dalam adunan yang sudah mendidih tadi.
Kacau sekali sehingga mendidih.
Tutup api. 
Biarkan hilang wap panas ( sejuk sket )
Masukkan susu cair kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam acuan yang dikehendaki.
Sejukkan.

Sedia di makan selepas disejukkan dalam 2 jam.


Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya