Ahad, 22 Mei 2011

Kek Gula Hangus Bercoklat - Kak Nolie

Pertamanya GH nak minta maaf jika mata anda pening tgk gambar kat atas.
Kamera guna HP GH yang lemau.
Selalunya asben yang ambil kan.
Kek ni jiran GH yang tempah.
Untuk majlis hari lahir.
GH lupa plak nama penyambut hari lahir tu.
Terima kasih kepada Kak Nolie atas tempahan kek ni.

Harga RM20.00

Kek Orange aka Oren

Kek Oren ni GH saja2 buat.
Bukan untuk jualan.
Untuk makan dengan family jer.
Asben suka sangat.
Sebab dia memang suka makan kek.
Walaupun kepakaran dia dalam bab puding muding.
Pelik...kenapa asben GH suka buat Puding tapi tak makan Puding.
Biarlah dia erk.
Semoga ketemu lagi.
Babai.
Salam sayang dari GH ( Gula Hangus )

Sabtu, 21 Mei 2011

Kek Pelangi - Shima

Kek Pelangi tempahan Shima dari Bandar Baru Bangi.
Shima ni anak buah asben di tempat kerja.
Untuk meraikan hari lahir katanya.
Apa pun terima kasih kepada Shima.

Harga RM20.00

Apam Pelangi - En Samsuddin

Apam Pelangi tempahan En Samsuddin dari Bandar Baru Bangi.
Untuk minum petang katanya.
Terima kasih kepada En Shamsuddin.
Harga RM20.00

Jumaat, 20 Mei 2011

Kek Gula Hangus - Mas

Kek Gula Hangus tempahan Mas.
Untuk hantar ke Masjid katanya.
So semalam asben hantar kan.
Terima Kasih kepada MAS sebab tempah kek dari GH.

Harga : Rm28.00

Puding Mable

Salam semua.
Puding Mable ni hak milik seorang guru.
Lupa plak tana nama nya.
Sebab order menerusi adik ipar di ENSTEK.
Beliau order 2pcs.
Terima kasih kepada Guru tu.
GH pun nak ucapkan Selamat Hari Guru.
Assalammualaikum

Harga 1pcs : RM20.00

Rabu, 18 Mei 2011

Kek Gula Hangus - Watie

GH ( Gula Hangus ) nak ucapkan terima kasih lah kepada Watie daripada Bdr Sri Putra atas tempahan Kek Gula Hangus semalam.
Asben yang hantar semalam sebelum beliau pergi kerja.
Watie minta hantar pukul 8am.
Tapi oleh kerna Asben gi kerja kena masuk sebelum 8am.
Maka terpaksa minta Watie bangun awal.
Ambil Kek Gula Hangus depan pagar.
Apa pun terima kasih sekali lagi.

Harga : RM28.00

Selasa, 17 Mei 2011

Kek Pelangi - Kak EDAH

Salam pagi ISNIN.
Pepagi ni ASBEN hantau Kek Pelangi ke Bandar Baru Bangi.
Kek Pelangi ni tempahan customer tegar GH.
Kak Edah.
Terima kasih kepada Kak Edah kerna sentiasa menyokong produk dari Gula Hangus.

Harga RM20.00

Kek Coklat Buat Asben

Selain daripada antu puding
Asben GH antu jugak pada Kek Coklat
Lama tidak membuatnya
Hari tu terfikir plak membuatnya
Apa lagik melompat lah Pak asben
Memang suka bebenor
So ni lah hasilnya
Asben makan kek ni pagi petang siang malam
GH tgk
Badan asben dah macam dipam2
Tambah GEMUK...
Hik...hik...

Isnin, 16 Mei 2011

Muffin & Kek Gula Hangus - Ghan

3pcs Kek Gula Hangus.
150pcs Muffin Vanila.
Order by Puan Norzihan.
Untuk majlis bercukur anakandanya.
Terima kasih Daun Keladi GH ucapkan.
Lain kali beli lah lagi...hik...hik...

Harga Kek Gula Hangus : RM28.00
Muffin - RM0.60 ( kecil ) minima order 100pcs
RM1.00 ( besar ) minima order 50pcs

Caramel Jagung - En Hisyam Lagi

Caramel Jagung ni diorder En Hisyam lagi
Kali ni 2pcs pulak.
Suka plak En Hisyam sefamily makan Caramel Jagung ni.
GH pun suka jugak.
Suka orang beli..hik..hik...
Apa pun terima kasih kepada En Hisyam kerna kepercayaan beliau terhadap Produk Gula Hangus.

Caramel Jagung : RM20.00

Ahad, 15 Mei 2011

Caramel Jagung - En Hisyam

Caramel Gula Hangus Jagung tempahan En Hisyam.
GH ucapkan ribuan terima kasih.
Lain kali.
Order lah lagik.

Harga RM20.00

Selasa, 10 Mei 2011

Tempahan Dari Puan Fatimah Zura

3pcs Kek Pelangi.
1pc Apam Pelangi.
120pcs Muffin vanila.

Tempahan Puan Fatimah Zura.
Sempena majlis tahlil dan birthday anaknya.
Terima kasih kepada Puan Fatimah Zura.

Harga:
Kek Pelangi - RM20.00
Apam Pelangi - RM20.00
Muffin - RM0.60 ( kecil ) minima order 100pcs
RM1.00 ( besar ) minima order 50pcs

Isnin, 9 Mei 2011

Kek Gula Hangus - Hani

Kek Gula Hangus tempahan si Hani daripada Nilai Impian.
tempahan yang agak mengejutkan daripada Hani.
Sebab tempah dalam 3pm.
Kek nak ambil pukul 5.30pm.
Memang mengejutkan.
Tak pernah GH buat mcm tu.
Tapi HANI punya pasal.
GH buatkan jugak.
Cair atas pujukan Hani.
Tapi si Hani terpaksa bawa pulang Kek Gula Hangus dengan keadaan yang masih panas.
Kek2 di Gula Hangus ni tiada stock taw.
Tuan Puan tempah.
Baru kami buat.
Supaya ia segar gitu.
Apa pun terima kasih kepada Hani.

Kek Gula Hangus - RM28.00
2kg

Sabtu, 7 Mei 2011

Resepi Puding Mangga



Puding Mangga hasil kerja tangan Asben GH ( Gula Hangus ).
Jom tenguk resepinya.

Resepi Puding Mangga

20gram - Serbuk Agar2
6 cawan air
1 cawan gula
4 Sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
2 biji telur gred C
1 Sudu besar Mango Paste
300gram mangga masak

Cara Membuatnya.

Masak air, serbuk agar2 dan gula sampai mendidih.
Blender Tepung kastard, susu cair, telur, mango paste dan mangga masak.
Setelah blender masukkan dalam serbuk agar2 yang dimasak tadi.
Kacau dengan api kecil sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan dalam loyang yang disukai.
Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam peti ais.
Sedap dimakan ketika sejuk.

Sekian selamat Mencuba.


Senarai Blog Saya